[Video] Dapat hadiah lipstick jenama Mac, terus ‘feeling’ macam T20! Momen ‘beria’ graduan UiTM Segamat ini bikin ramai cembvru

UNGKAPAN ada menyebut, hargai orang tersayang selagi mereka berada di sisi.

Begitulah juga kisahnya dengan seorang gadis ini yang bertindak memberikan hadiah kepada enam sahabat baiknya sebagai tanda menghargai persahabatan yang terjalin.

Video yang dikongsikan di laman sosial, memaparkan gadis berkenaan memberikan kejutan kepada sahabat-sahabatnya membuatkan rata-rata netizen turut tersentuh melihat keakraban tujuh sekawan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita mengenai kejutan tersebut, gadis bernama Emy Wardina Amirah Abdul Razak berkata, video berkenaan dirakam ketika dia dan enam sahabat baiknya menjalani penggambaran pra-konvokesyen sempena tamat pengajian peringkat diploma, baru-baru ini.

“Idea untuk buat video pra-konvokesyen itu saya yang usulkan. Kami dah lama tak berjumpa antara satu sama lain sebab ada yang sudah sambung degree di institusi lain, ada juga yang sudah bekerja.

“Jadi kami rancang untuk buat pre-convo shoot selepas ambil jubah. Selepas dah selesai penggambaran, barulah saya beritahu kepada mereka mengenai kejutan tu. Mereka ingat saya nak beri kad kahwin, saya pun tak sangka mereka teka macam tu.

“Sebelum ini saya beri hadiah tapi pos saja, jadi tak nampak reaksi muka. Kali ni beri face to face. Masing-masing menjerit gembira bila dapat hadiah berupa lipstick.

“Saya nak hargai mereka yang rapat dengan saya sebab nanti semua ada hala tuju hidup masing-masing. Mereka inilah yang ada ketika saya susah dan senang,” ujar gadis berusia 22 tahun ini.

konvo 2

Gambar pra-konvokesyen tujuh sahabat ini yang dirakam baru-baru ini.

Apa yang menarik, gadis ini berkata mereka bertujuh bukanlah rakan sebilik, sekelas mahupun daripada kuliah yang sama.

Namun persahabatan yang terjalin ketika menjalani sesi orientasi sewaktu mula menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Segamat, Johor, bertaut sehingga akhirnya menjadi akrab.

“Saya ambil Diploma Perniagaan, yang lain ada ambil jurusan Perakaunan, Pelaburan, Sains Komputer dan Pengurusan Maklumat. Mula rapat sejak sesi orientasi sebab kami ketika itu mendiami aras yang sama di kolej.

“Apabila selalu lepak bersama-sama, secara tak langsung makin akrab. Kami sempat bersua bersama sampai semester empat sahaja, kemudian ‘terpisah’ kerana pandemik Covid-19.

“Apabila sempadan negeri dah mula dibuka, kami ada bertemu tapi tak cukup bertujuh. Waktu ambil jubah dan photoshoot pre-convo baru-baru inilah kali pertama kami bersua cukup tujuh orang semuanya.

“Sebab nanti waktu konvokesyen bulan depan, kami tak bersua sebab sidang konvokesyen pada hari yang berbeza sebab jurusan kami berbeza,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.

konvo 3

Antara momen manis tujuh sahabat ini ketika meraikan hari jadi salah seorang daripada mereka.

Sekadar mengabadikan kenangan di laman sosial, gadis ini berkata dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan menyentuh hati ramai netizen.

“Saya datang daripada keluarga yang sememangnya suka menghargai dan meraikan walau ada sambutan kecil-kecilan. Jadi memang dah terbiasa menghargai orang di sekeliling.

“Sebak juga apabila baca komen, ada yang tak merasa momen manis dengan sahabat, ada yang tak dihargai dan sebagainya.

“Jadi apa salahnya kita mulakan langkah dulu dengan menghargai mereka tanpa mengharapkan balasan.

“Akhir kata, bagi mereka yang tak pernah merasai momen manis dengan sahabat, moga mereka temui juga rasa gembira itu bersama keluarga ataupun pasangan kelak,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "[Video] Dapat hadiah lipstick jenama Mac, terus ‘feeling’ macam T20! Momen ‘beria’ graduan UiTM Segamat ini bikin ramai cembvru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*