[Video] Atuk siap nganga mulut! Netizen gel1 hati tengok gelagat lelaki ini pakaikan cucu lipstick merah

KEBIASAANNYA seorang bapa sering dikaitkan dengan sifat tegas dan garang, berlawanan dengan karakter seorang ibu yang lebih lemah lembut.

Namun semakin kita mendepani arus kemodenan, banyak perkongsian disajikan menunjukkan hal yang sebaliknya.

Beberapa video dikongsikan Hakimah Saiful Bahri, 33, di TikTok adalah contoh terbaik bagi menggambarkan karakter seorang bapa yang cukup mesra melayan keletah anak dan cucunya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Katanya yang merupakan seorang pelaut kapal dagang, dia dan adik beradik yang duduk berjauhan dengan ibu bapanya ini sememangnya suka merakam video gelagat bapanya, Saiful Bahri Abd Razak, 59, untuk dijadikan kenang-kenangan.

Salah satu video terkini yang meraih perhatian netizen ialah gelagat bapanya itu melayan permintaan cucunya untuk dipakaikan gincu bibir.

Hingga kini video berkenaan meraih lebih 638,000 tontonan di TikTok.

“Kami adik beradik memang selalu rakam dan share dalam grup WhatsApp famili semua video kelakar babah. Saya selalu belayar, lagilah suka record sebab duduk jauh dengan dia.

“Video babah pakaikan lipstick dekat cucu tu saya rakam masa dia baru lepas siap mandikan anak saudara saya. Dia memang terlebih manja dengan atok. Saya rakam sebab nak tunjuk dekat papa dia.

“Sebenarnya saya tak sangka pula sampai lipstick pun babah nak pakaikan. Kami pun terkejut tapi tak hairan sebab babah dengan cucu dia semua boleh. Cara dia pelvk tu memang bukan buat-buat. Video tu real dan bukan lakonan semula,” katanya.

Bapa Kym kini berusia 59 tahun.

Berdasarkan video berkenaan, bapanya kelihatan leka memakaikan gincu bibir kepada cucunya sambil turut sama membuka mulut seperti kebiasaan dilakukan wanita untuk mengenakan alat solek berkenaan.

Dalam pada itu Hakiman yang mesra disapa Kym ini, dia bersyukur apabila anak-anak saudaranya masih dapat merasakan kasih sayang seorang datuk.

Katanya yang sudah kehilangan datuknya ketika berusia sembilan tahun, dia merasakan bahawa cara layanan diberikan babah dan arw4h datuknya adalah sama.

“Dulu kalau babah mar4h kami main hujan, arwah atoklah yang back up. Mama dan babah reda saja sebab mereka pun sama juga nak4l.

“Sekarang babah pula buat dekat cucu-cucu dia. Dia yang ajak mereka main hujan.

“Saya bersyukur dan senang hati tengok babah boleh manjakan cucu dan sentiasa layan permintaan mereka,” katanya.

Ahli keluarga Kym.

Beberapa rakaman dikongsikan mengenai bapanya menjadi tular sehingga ada video yang meraih lebih 2.1 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata netizen terhibur malah ada juga yang bersedih dengan perkongsian wanita ini di ruangan komen.

“Saya banyak post video babah sebab reaksi lawak dia. Tak sangka pula ramai netizen terhibur juga. Tapi boleh dikatakan 90 peratus men4ngis dan bersedih sebab tak pernah rasa kasih sayang ayah.

“Ada juga yang dah kehilangan bapa dan tak sempat rakam momen macam ni dengan ayah mereka. Apabila tengok netizen suka content dengan babah saya pun post banyak-banyak lagi.

“Tapi reaksi netizen masih sama sedih sebab teringat arwah datuk dan kasih sayangnya pula. Apa-apa pun saya akan terus hiburkan orang lain dengan banyakkan lagi content dengan babah,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "[Video] Atuk siap nganga mulut! Netizen gel1 hati tengok gelagat lelaki ini pakaikan cucu lipstick merah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*