Tak Sangka Si Bulus Pun Kena Kerja, Rupanya Ini Tugasnya!

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai. Telatahnya yang nak4l dan terkadang manja mampu mencuit hati .

Tular di media sosial,  bahawa seekor kucing telah ‘dilantik’ sebagai penjawat awam (PNS) di Pejabat Perkhidmatan Cuk4i atau KPP Pratama Serpong di Tangerang Selatan, Indonesia. Siapa sangka si bulus kena ‘kerja’ malah diberi kad pekerja!

Merujuk ciapan menerusi akaun rasmi Direktorat JenderaI (Ditjen) Percukaian Kementerian Kewangan, kucing yang digelar Soleh itu turut diberikan ‘kad pekerja’.

Difahamkan, kucing berbulu putih dan hitam itu ditemui di KPP Pratama Serpong ketika ia masih kecil.

Kedatangannya turut disambut baik oleh pegawai di premis itu sehinggalah ia turut dianggap sebagai ‘kakitangan’ di pejabat berkenaan.

“Soleh kini sudah menjadi staf kami,” ujar admin akaun Twitter tersebut.

Antara ‘tugas’ diberikan kepada Soleh adalah menggembirakan dan menceriakan kakitangan serta pembayar cukai yang hadir di KPP Pratama Serpong.

“Soleh sering dilihat melakukan ‘tugasnya’ di sekitar rakan sekerjanya lain. Seluruh ruang @pajakserpong adalah tempat kerja Soleh yang dilantik sebagai ‘pelatih ahli meow’,” jelas ciapan itu lagi secara berseloroh.

Sumber : Sinar Harian memetik agensi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://www.keluarga.my/

Be the first to comment on "Tak Sangka Si Bulus Pun Kena Kerja, Rupanya Ini Tugasnya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*