[Video] Nak tunjuk ‘gentleman’ ketvk cermin kereta awek minta nombor telefon… Lelaki ini und4ng kec4man, buat malu orang Ganu!

TIDAK pasti sekadar content atau terlebih gentleman, namun tindakan seorang lelaki yang memberanikan diri meminta nombor telefon seorang wanita di tengah jalan, mengund4ng reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan pemuda berkenaan keluar dari keretanya sebelum menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di hadapan sebelum mengetuk cermin kenderaan tersebut.

Daripada video yang dirakam oleh rakannya yang menunggu di dalam kereta, pemuda tersebut dilihat bercakap dengan si pemandu kereta hadapan beberapa saat dan kemudian kembali semula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Jadi lelaki kena gentle bro. Confident tu penting. Kalau rezeki dapat jackpot. Tak pun kena reject,” demikian tulis kapsyen pada video tersebut.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada misi pemuda berkenaan berjaya atau sebaliknya kerana video tersebut dipot0ng selepas salah seorang rakannya bertanya mengenai keberhasilan daripada tindakan beraninya itu.

Video yang pada asalnya dimuat naik di TikTok, menjadi tular di laman Twitter selepas dikongsikan oleh seorang pelayar, sekaligus mengund4ng kec4man netizen.

“Patutlah perempuan rasa tak selamat, tengah jalan ketuk tingkap kereta awek minta number,” tulis pelayar berkenaan.

Video tersebut tular di Twitter.

Ciapannya meraih melebihi 9,000 ulang kicau dan dibanjiri dengan komen netizen yang menyelar perbuatan sedemikian.

“Ini bukan gentle tapi gatal. Bukan sebab handsome atau tak handsome tapi faktor keselamatan. Boleh je per4gut tiru cara ni.

“Ini bukan gentle. Ini geli, scary (menakutkan) dan mengganggu. Sorry but please grow up (Maaf tapi tolonglah matang),” demikian komen netizen.

Tidak kurang juga ada yang mengaitkan perbuatan ‘tidak beradab’ pemuda tersebut dengan sebuah negeri di Pantai Timur ekoran loghat yang dituturkan rakan-rakannya.

“Dengar ‘guano’ pun tahu orang mana ni.

“Memalukan dan merosakkan nama orang Terengganu je,” komen netizen.

Dalam masa yang sama, ada netizen mengingatkan pemandu wanita khususnya agar tidak sewenang-wenangnya membuka tingkap sekiranya diketuk oleh individu tidak dikenali.

AWEK 3

Antara komen netizen yang mengecam pemuda berkenaan.

“Kepada cik driver tu dan pemandu lain tak kira lelaki atau wanita, jika ada orang tak dikenali ketuk tingkap nak sembang sesuatu, jangan sesekali turunkan tingkap atau buka pintu!

Please girls, jangan buat macam ni. Jangan berani-berani buka tingkap kepada strangers. Aku pula yang cuak tengok,” demikian komen netizen.

Sementara itu, hasil carian mStar di akaun TikTok yang memuat naik video asal mendapati ia telah dipadamkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment on "[Video] Nak tunjuk ‘gentleman’ ketvk cermin kereta awek minta nombor telefon… Lelaki ini und4ng kec4man, buat malu orang Ganu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*