‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ – Ded4h cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian

BAGI yang mengenali personaliti yang juga influencer terkenal Farah Lee, pasti anda semua sedia maklum bagaimana beliau mendidik anak tunggalnya, Maream Esabel.

Biarpun bergelar ibu tunggal, namun pujian harus diberikan buat Farah yang mampu membesarkan dan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang dan beretika.

Paling mengujakan bagaimana pempengaruh itu berjaya menjarakkan gajet dengan anak kesayangannya.

Menariknya lagi tentang Farah, proses pengajaran, pembelajaran, keibubapaan termasuk asuhan yang dipraktikkan, dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Jadi, amat wajarlah jika ibu-ibu muda menjadikan beliau sebagai contoh dalam mendidik si kecil.

Ujar mantan isteri kepada pengacara popular, Ally Iskandar itu, anak perempuannya yang kini berusia tujuh tahun itu ibarat ulat buku.

Jika rakan sebayanya tidak berenggang dengan gajet atau peranti, Maream merupakan kanak-kanak yang sebaliknya.

Beritahu pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli: “Maream masih bebas gajet dan ke mana sahaja pergi, pasti akan bawa beg. Di dalamnya ada buku nota, buku cerita, alat tulis dan sebagainya.

“Cuma sesekali, Maream ada pinjam telefon saya dan tiada masalah untuk saya berikan.

“Saya tahu Maream bukan selalu dapat (telefon). Apatah lagi sekarang, kena juga pelajari teknologi semasa.”

Sebagai ibu juga, Farah berasakan masih terlalu awal untuk beliau mended@hkan pengarang jantung hatinya dengan segala macam peranti, sementelah Maream bagi ibu muda itu, masih terlalu kecil.

“Saya fikir masih terlalu awal untuk membiarkan Maream memiliki gajet sendiri. Biarlah sehingga Maream tahu apa yang baik dan bvruk serta tahu bagaimana untuk menghorm4ti orang sekeliling,” katanya.

BERSABAR

Memahami tidak mudah untuk mententeramkan anak-anak yang selalunya akan cepat tantrum, Farah berkata, adalah penting untuk seorang ibu bersabar.

Nasihatnya, cuba perlahan-lahan dan lama-kelamaan anak-anak akan faham sendiri.

“Ingat saya seorang ibu tunggal yang berkerjaya, namun saya berjaya melakukannya. Jadi, saya pasti anda juga boleh,” tulisnya lagi menerusi kapsyen yang dimuat naik baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

SinarPlus memang tabik dengan cara Farah. Biarpun tanpa kehadiran seorang suami dan ayah, namun tahap kemampuannya menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada seorang anak memang terbaik. Siap jadi contoh buat kaum Hawa yang lain!

Sumber : Instagram farahlee_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Be the first to comment on "‘Masih bebas gajet, keluar bawa buku.’ – Ded4h cara didik anak, perkongsian Farah Lee raih pujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*