Ak1bat deg1l tak mahu jadi askar, 5 tahun bapa ‘pulau’ anak sendiri… Mujur dapat restu ibu, lelaki ini akhirnya jadi jurutera kimia

PENGALAMAN terced3ra ak1bat bermain mercun yang diubah suai hingga dimasukkan ke unit r4watan rapi (ICU) cukup meninggalkan kesan mendalam kepada anak jati Limbang, Sarawak ini.

Mengimbas kembali peristiwa berd4rah berkenaan, Muhammad Fazrul Azreen Nazli berkata kejadian ketika usianya baru mencecah tujuh tahun itu berlaku ketika dia tinggal bersama datuknya di kawasan pedalaman di Limbang.

“Duduk di kampung ni macam-macam saya nak cuba dan itu bukanlah pertama kali saya membuat mercun sendiri. Namun kejadian yang saya simpulkan sebagai titik hitam, saya pernah membuat meriam tin svsu bersama sepupu yang berusia 12 tahun.

“Kejadian tu berlaku pada malam raya, apabila mercun yang dib4kar tak mel3tup saya jadi tak puas hati. Ketika inilah saya menerima ak1batnya,” kata Fazrul ketika dihubungi mStar.

Kata Fazrul lagi, dia mengalami keced3raan p4rah di muka dan tangan hingga terp4ksa mendapatkan r4watan di ICU sebelum dipindahkan ke wad biasa selama empat bulan.

“Kvlit muka memang dah tak ada, tangan pun sama. Tapi kesan pada tangan sahaja yang masih kekal sehingga kini.

“Ak1bat daripada itu, kira-kira enam bulan saya tak ikuti sesi pembelajaran di sekolah… malahan saya tak boleh tengok cermin selama setahun sebab kesan terb4kar,” lu4hnya.

Tambah Fazrul sehingga kini dia dikenali sebagai ‘budak terb4kar’ setiap kali pulang ke kampung halaman.

Bagaimanapun menurut pemuda berusia 34 tahun itu, kejadian ngeri berkenaan sebenarnya menjadi titik permulaan kepada minatnya dalam bidang kejuruteraan kimia.

Fazrul berjaya mencapai cita-citanya.

Fazrul berjaya mencapai cita-citanya.

“Memang saya serik buat benda pelik tapi in term of theory memang suka. Disebabkan minat mendalam itulah saya pupuk diri daripada awal dengan mengikuti pengajian berkaitan.

“Semasa di sekolah menengah saya ambil aliran sains dan merupakan pelajar terbaik dalam bidang kimia.

“Ia berterusan sehingga di universiti kerana saya melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham,” ujarnya.

Mengakui impiannya pernah dihalang suatu ketika dahulu, bapa kepada seorang cahaya mata itu akhirnya berjaya membuktikan minat terhadap bahan kimia juga boleh berjaya dengan cemerlang.

“Keluarga saya memang tak sangka sebab lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya dah masuk ATHMA atau sekarang dikenali UPNM (Universiti Pertahanan Nasional) selama tiga bulan untuk jadi askar.

Bidang kimia paling diminati sejak kecil.

Bidang kimia paling diminati sejak kecil.

“Ayah saya suruh sebab dia pun askar. Tapi saya tak minat, jadi ayah m4rah apabila tahu saya nak berhenti dan ambil jurusan kejuruteraan kimia kerana nak kerja oil and gas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Dia cakap kerja tak ada masa depan dan bahaya. Ayah memang g4rang tapi saya percaya dengan kebolehan dan buktikan apa yang dia cakap tu salah,” imbasnya lagi.

Fazrul juga bersyukur kerana bapanya kini dapat menerima kerjaya dan minatnya selepas kira-kira lima tahun berdiam diri.

“Lama dia banned, sepanjang belajar selama lima tahun dia tak bagi duit langsung. Apabila dah kerja dan ada duit baru ayah okay sikit.

Fazrul graduan Universiti Nottingham.

Fazrul graduan Universiti Nottingham.

“Dia pernah cakap bidang kejuruteraan kimia tak ada masa depan dan cepat m4ti. Namun bukan nak membelakangkan ayah tapi saya syukur mak saya dah bagi restu,” tambahnya sambil berkata kerjayanya bermula seawal usia 23 tahun.

Terdahulu video perkongsiannya di aplikasi TikTok tentang fasa perubahan dalam kehidupannya sebagai kanak-kanak nakal yang mengubah suai mercun hingga menjadi seorang jurutera bahan kimia tular dan ditonton lebih 127,400 pelayar.

Rata-rata netizen bertanyakan pengalamannya menjadi jurutera dan bidang pengajian yang diambil semasa belajar.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Ak1bat deg1l tak mahu jadi askar, 5 tahun bapa ‘pulau’ anak sendiri… Mujur dapat restu ibu, lelaki ini akhirnya jadi jurutera kimia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*