Dianggap riy4k makan hidangan RM10,000 di restoran Salt Bae, Aeril Zafrel kata tukaran Pound Sterling buat harga jadi mahal

BARU-baru ini, Aeril Zafrel menjadi perhatian warganet apabila memuat naik hantaran di Instagram memaparkan harga makanan lebih RM10,000 ketika menikm4ti hidangan di Nusr-Et Steakhouse London milik cef terkemuka dunia, Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae ketika bercuti di London, United Kingdom.

Ramai menganggap pelakon dan usahawan itu bersikap riy4k selain ada pula menyifatkan amaun yang dibayar itu sebagai pemb4ziran apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Aeril atau Suhairil Sunari, 34, berkata, caj yang dikenakan mengikut nilai mata wang Pound Sterling sebenarnya berpatutan namun ia menjadi mahal apabila nilainya ditukar kepada Ringgit Malaysia.

“Sebenarnya harga yang dikenakan biasa sahaja, tetapi apabila kita tukar kepada Ringgit Malaysia yang rendah, maka nilainya menjadi mahal. Pada saya stik yang dihidangkan memang terbaik dan saya belum pernah menikm4ti hidang seenak itu.

Untitled design (6)

Aeril menikm4ti hidangan cef Salt Bae yang mencecah harga lebih RM10,000.

“Bayaran makanan menjadi lebih mahal disebabkan terdapat banyak caj tersembunyi… Sebagai contoh bayaran untuk cef Salt Bae memotong daging dan aksinya menaburkan garam mempunyai kadar bayaran lain. Itu sahaja sudah bernilai RM1,000,” katanya kepada mStar.

Aeril mengulas kunjungannya ke restoran milik cef terkenal dunia itu ketika bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan beberapa kenalan mereka di London, baru-baru ini ketika ditemui pada majlis tayangan filem Musyrik – Api Ner4ka Menantimu! yang diadakan pada Rabu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu dia dikatakan ri4k, Aeril menyangkal d4kwaan itu sebaliknya tujuan dia berkongsi kunjungannya ke restoran itu di media sosial adalah kerana ia detik manis dalam hidupnya.

“Apabila kita bercuti ke luar negara, tentu kita akan memuat naik gambar kerana ingin berkongsi di samping ia menjadi kenangan. Memang kita boleh simpan di dalam telefon pintar, tetapi jika alat itu hilang, jadi kita masih boleh tengok di Instagram,” jelasnya yang tidak menolak akan kembali ke restoran cef terkenal itu di negara lain seperti Turkiye.

Sementara itu, Aeril turut mended4hkan kos percutiannya ke Switzerland juga menelan belanja RM40,000 untuk membayar tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Untitled design (8)

Aeril dan Wawa bersama beberapa orang rakan lain bercuti ke luar negara baru-baru ini.

“Belanja agak mewah bukan sebab beli barang tetapi kerana segala perancangan dibuat saat akhir untuk membayar kos tempat tinggal, makanan, pengangkutan dan sebagainya.

“Kami sendiri pun terkejut kerana perjalanan dari lapangan terbang ke tempat tinggal yang mengambil masa dua jam mencecah RM5,000. Bayaran untuk makan tengah hari sahaja untuk enam ke tujuh orang pun sudah RM1,000. Itu hanya untuk sekali makan,” jelasnya.

Aeril memberitahu dia merasakan tidak salah untuk mengeluarkan belanja besar untuk bercuti bersama isteri memandangkan dia sudah menyimpan wang berkenaan sejak pandemik melanda dunia.

Memandangkan dia sudah lama tidak membawa isteri bercuti ke luar negara, jadi dia mengambil kesempatan ini untuk menggembirakan insan tersayang dengan percutian ke Eropah.

“Kos bayaran itu pun sebenarnya bukan saya tanggung seorang diri sebaliknya turut dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Mungkin perkara itu menjadi perhatian kerana saya seorang selebriti.

Untitled design (7)

Aeril dan Wawa merakam momen indah ketika berada di Switzerland.

“Sebenarnya kalau berkira sangat masa pergi bercuti, lebih baik duduk di rumah sahaja. lagipun saya bukannya pergi ke sana setiap bulan. Tetapi percutian ini turut mengajar saya untuk buat perancangan lebih rapi sebelum berangkat.

“Selepas ini sekiranya ada sesiapa yang ingin berkunjung ke Switzerland, boleh membawa bekalan makanan segera untuk lebih jimat,” katanya.

Beralih kepada soal kerjaya, Aeril mengharapkan sokongan penonton terhadap filem terbaharu lakonannya Musyrik-Api Neraka Menantimu yang akan mula ditayangkan pada 7 Julai 2022.

Selain Aeril, filem arahan Arjit Uppal terbitan White Merpati Entertainment itu turut dibintangi oleh Aisha Ilias, Ruhainies, Ashraf Muslim dan Neera Azizi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Dianggap riy4k makan hidangan RM10,000 di restoran Salt Bae, Aeril Zafrel kata tukaran Pound Sterling buat harga jadi mahal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*