Know-know kahwin! [FOTO] Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira, beri wang hantaran RM17,777.77

PELAWAK dan penyampai radio Era FM, Danial Zaini selamat bergeIar suami kepada wanita pilihannya, Yasmine Umaira Yahya dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang diadakan di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang pada pagi Sabtu.

Danial dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan, Yahya Abdul Rashid dan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77.

Danial merahsiakan berita pernikahannya sebelum ini.

Selain itu, Danial, 29, turut menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada Yasmine, 29.

Berkongsi detik bahagia itu, Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 29, berkata, ia adalah saat indah yang dinantikan dan ramai rakan artis terk3jut dengan berita pernikahan itu kerana dia merahsiakannya.

Danial dan Yasmine selemat bergelar suami isteri.

“Sejujurnya ini adalah pengalaman indah dan sangat dinantikan, banyak rakan-rakan artis terk3jut dan tak sangka saya sudah bergeIar suami hari ini.

“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Danial menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, pasangan mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada sebelah tengah hari.

Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan
DANIAL ZAINI PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.

Mereka mengenakan busana akad nikah hasil sentuhan Amzar Atelier dan busana songket mewah daripada Man Kajang.

Danial bersyukur dan terharu majlis berjalan lancar.

Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Pulau Pinang pada 16 Julai nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber; Mstar

Be the first to comment on "Know-know kahwin! [FOTO] Danial Zaini selamat bergelar suami kepada Yasmine Umaira, beri wang hantaran RM17,777.77"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*