“Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak” – Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga!

Pelawak Ajak Shiro meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya Mohamad Jad Thaqif, 10, membeli sebuah telefon pintar dengan hasil wang yang dikumpulnya selama ini.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 36, dia pernah berhasrat membelikan telefon pintar tersebut untuk anaknya namun ditolak oleh Jad kerana mahu berusaha sendiri.

“Dia usaha kumpul duit, lama dah. Kita nak belikan, dia taknak. Nak belajar usaha katanya.

“Dia kumpul duit masa tolong atok dia. Duit raya dia, tiap hari pulak buat kerja rumah, bila dia tolong nanti ibu bagi upah. Tahniah Jad, akhirnya,” luah Ajak.

Ajak turut berkongsi video momen sewaktu anaknya membuka telefon pintar yang baharu dibelinya di akaun Instagram miliknya.

Tambah Ajak, dia puas dapat melihat anaknya tersenyum kerana segala usaha untuk memiliki telefon pintar dengan wang sendiri berhasil.

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Baba puas tengok Jad ketawa. Baba tau Jad ketawa sebab Jad tak percaya Jad dapat,” katanya lagi.  Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa sebak melihat senyuman berbaloi anak Ajak setelah memegang telefon pintar tersebut di tangannya.

“Anak soleh, semoga berjaya dunia akhirat,” doa seorang wargamaya.

“Dia akan lebih menghargai sesuatu barang tu dengan duit hasil usaha dia bang, congrats Jad,” puji seorang wargamaya.

“Wahh tahniah Jad, good boy,” ujar seorang wargamaya.

“Tahniah Jad! Terharu dan sebak tengok video ni. Well done,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 26,000 tanda suka daripada warga Instagram.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber; Gempak

Be the first to comment on "“Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak” – Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*