“Dari Wira Ke Proton X70..,” [VIDEO] Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta Baharu

Pelakon dan model Haneesya Hanee meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dapat menghadiahkan keluarga sebuah kereta baharu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Haneesya bersyukur kerana Proton X70 adalah kereta pertama yang dibeli. Kata aktres berumur 22 tahun ini, sebelum ini pengangkutan utama mereka sekeluarga adalah kereta Wira lama.

Bukan nak menvnjuk

Ceritanya, mereka terpaksa berpanas dan berhujan kerana bumbung kereta itu bocor selain selalu r0sak.

Alhamdulillah, kereta pertama saya adalah kereta keluarga. Bukan niat untuk menunjuk cuma hendak kongsi cerita.

Wira (kereta) adalah wira kami. Banyak kenangan bersama Wira ini, pahit manis semua ada!

Dah baiki Wira berpulah kali sampai uncle bengkel tu mampu senyum saja bila datang kedai dia.

Waktu panas seperti duduk di dalam sauna. Waktu hujan banjir satu kereta. Tetapi disebabkan Wira ini jugalah, saya dapat pergi kerja dan hantar adik ke sekolah

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee)

Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan senang hati apabila dapat melihat senyuman yang terukir di wajah setiap ahli keluarga terutama ibunya.

Paling seronok ketika saya perhatikan keluarga dari jauh, masing-masing tersenyum sampai ke telinga terutama mommy sebab dia memang suka memandu.

Merata dia bawa kami semua. Dapat tengok dia (mommy) senyum lebar dari jauh, Ya Allah menitik air mata. Bangga sangat dengan kita semua. Sayang semua.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
 
Sumber: Instagram @haneesyahanee / Ohbulan

Be the first to comment on "“Dari Wira Ke Proton X70..,” [VIDEO] Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta Baharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*