“Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima tgk Demonstrasi Fattah Amin

Meskipun sudah lebih seminggu ditayangkan di pawagam, penangan dan fenomena filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan masih lagi kian terasa.

Rata-rata peminat filem tempatan dilihat tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri karya hebat arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof itu.

Terbaru, salah seorang peneraju utama filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Fattah Amin akui teruja apabila berkesempatan untuk menonton filem lakonannya itu bersama-sama salah sebuah kelab silat tempatan.

Menurut Fattah, perasaan menonton filem ini bersama pesilat-pesilat sebenar sememang berbeza daripada yang sebelumnya.

“Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial .

“Terima Kasih menjemput ‘Awang’ dan sempat impromptu bunga silat dan tempvr silat. Terima kasih buat semua yang hadir,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh suami kepada pelakon, Nur Fazura itu menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tik Tok.

Sewaktu tayangan tersebut, Fattah juga dilihat sempat mempersembahkan demontrasi silat tempvr tiga law4n satu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum melihat aksii Fattah yang lincah bersilat itu.

KOMEN NETIZEN;

VIDEO;

@fattahamin

Alhamdulillah lain macam betul rasa hari tu dapat sama-sama dengan semua pesilat menonton @filem_matkilau di TGV KLCC anjuran @kelabcikguhalimofficial . Terima Kasih menjemput ‘Awang’ dan sempat impromptu bunga silat dan tempur silat. Terima kasih buat semua yang hadir. 🙏

♬ Mentera Semerah Padi 04 – M. Nasir & Spider

Setakat ini, video yang dikongsikan telah pun meraih hampir dua juta tontonan.

Menerusi filem ini, Fattah membawakan watak sebagai Awang . Selain Fattah, filem ini juga turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan Asaari dan ramai lagi.

Terdahulu, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga telah berjaya memecahkan rekod untuk meraih jumlah kutipan tiket mencecah lebih RM23 juta pada minggu pertama tayangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Fattah Amin / https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Lain Macam Betul Rasa,” – Tonton Mat Kilau Bersama Pesilat Sebenar, Ramai Terkesima tgk Demonstrasi Fattah Amin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*