[VIDEO] Penunggang motosikal bantu orang buta lintas jalan raih pujian ramai

Kita sendiri sedar bahawa tolong-menolong antara satu sama lain adalah satu amalan yang mulia dan terpuji. Nilai ini bukan hanya memberi manfaat kepada insan yang ditolong, malah ia secara tidak langsung membuatkan kita bertambah gembira.

Dengan menolong orang, ia turut menghubungkan kita dengan orang lain, sekaligus mewujudkan komuniti yang lebih kuat serta membina masyarakat yang lebih penyayang.

Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok idojohor yang memaparkan tindakan seorang wanita yang menunggang motosikal memberi bantuan kepada seorang individu buta.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita itu memberhentikan motosikalnya dan membantu individu buta tersebut untuk melintas jalan.

“This kindness make my day,” tulis idojohor di ruangan kapsyen.

Video:

@idojohor

This kindness make my day 🥹

♬ оригинальный звук – in paradise

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat k tontonan, k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata berterima kasih kepada penunggang motosikal tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok idojohor

Be the first to comment on "[VIDEO] Penunggang motosikal bantu orang buta lintas jalan raih pujian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*