Tak Sibuk Bercinta, Pelajar Dipuji ‘Pulun’ Kumpul Duit – “Balik Terus Masuk Office”

Perkongsian rutin hariannya di aplikasi TikTok membuka mata orang ramai bahawa sesuatu kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai kerana perlu mengorbankan masa serta tenaga.

Ketika segelintir remaja seusianya sakan bercinta, tidak bagi seorang gadis ini yang mempunyai sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat sehingga berjaya.

Gadis dikenali sebagai Jannatul itu memuat naik video memaparkan dirinya sibuk menguruskan perniagaan produk kosmetik selepas tamat sesi persekolahan.

“Rutin kehidupan seorang pelajar berbisnes, balik je terus masuk office. Memikul tanggungjawab besar, seorang leader dan juga budak SPM,” tulisnya.

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, dia yang mesra dipanggil Jann mengakui mempunyai tanggungjawab besar apatah lagi bertindak sebagai ‘leader’ bagi perniagaan tersebut.

Hari-hari wajib bagi bimbingan dan perkongsian untuk pelanggan dan team. Bungkus pesanan untuk pos dan COD. Alhamdulillah, dinobatkan top 10 sales,” kongsinya lagi.

Video:

@nrjnntl__

#ad umur bukan penghalang . if you want it , fight for it 💪🏻❤️‍🔥 #fyp #ladybossjann #viral

♬ suara asli – Musik pilihan

Selain memberi bimbingan kepada pasukannya, Jann juga kadang-kala sempat menguruskan stok dan bungkusan pelanggan selain menjadi antara stokis terbaik dengan jualan mencecah RM1 juta.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen berharap agar dia tidak leka atau mengabaikan pelajaran sekiranya terlalu fokus terhadap perniagaan.

Rakaman berdurasi 23 saat itu menerima 1.8 juta tontonan serta hampir 2,000 komen positif netizen yang kagum dengan kesungguhan Jann dalam mencari pendapatan sampingan.

Komen Netizen:

Tahniah kepada adik ini… semoga menjadi inspirasi kepada anak muda diluar sana..

Letih memang letih! Tapi bak kata peribahasa, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan? Harap segala usahanya berbaloi daripada pelbagai aspek.

Sumber : TikTok nrjnntl

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://mimbarraudhah.com/, sinarviral

Be the first to comment on "Tak Sibuk Bercinta, Pelajar Dipuji ‘Pulun’ Kumpul Duit – “Balik Terus Masuk Office”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*