Patut la ayam cepat habis, pasar raya jual tanpa kawalan… Wanita ini s4kit hati tengok pengguna penting diri borang satu troli penuh!

ISU kenaikan harga ayam dan beberapa barangan keperluan lain di Malaysia terus menjadi kebimbangan masyarakat.

Malah harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) mulai Julai, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Namun tindakan segelintir pihak memborong ayam dalam jumlah yang banyak di pasar raya menambah derita pengguna lain mendapatkan bahan mentah itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menerusi Twitter, tular satu video memaparkan seorang wanita melu4hkan rasa kecewa apabila mend4kwa menyaksikan sendiri seorang pelanggan memborong sehingga lebih 40 ekor ayam.

“Bagus kak, pertahankan hak B40. At least dia dah complaint tapi management pasar raya tak layan lepas tu baru dia viralkan,” tulis pengendali akaun tersebut.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita tersebut berkata dia kes4l apabila kunjungannya pada awal pagi di pasar raya berkenaan untuk membeli ayam hampa kerana semua habis diborong tanpa kawalan.

“Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun.

“Semua ayam ‘disapu’ oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam,” katanya dalam video tersebut.

Malah menerusi video berdurasi 1 minit 18 saat, wanita ini turut berkongsi rakaman menunjukkan pelanggan yang tidak bertimbang rasa itu memenuhkan troli dengan ayam.

D4kwanya lagi, kemungkinan bahawa pelanggan lelaki ini memiliki restoran atau kedai runcit sendiri untuk menjual semula ayam dengan harga lebih mahal.

Enggan terus membiarkan perkara sama terus berlaku tanpa kawalan, wanita terbabit membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya.

Video daripada TikTok wanita ini disiarkan semula di Twitter.

“Kenapa buat macam ni (tidak kawal jumlah pembelian)? Nanti orang lain datang nak beli ayam macam mana?” soalnya kepada kakitangan pasar raya berkenaan.

Kedengaran salah seorang kakitangan tersebut menjawab: “Nanti mereka tahan di kaunter”.

Jawapan itu ternyata terus mengundang kemar4han wanita tersebut.

“Dekat kaunter pun mereka tak tahan! Dia dah bayar pun, lepas tu dia dah pergi,” katanya dengan penuh rasa mar4h dan kecewa.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi kurang senang netizen kerana menganggap pelanggan itu bersikap pentingkan diri.

Meninjau di ruangan komen, pelayar Twitter bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan kerana membuat aduan kepada pihak pengurusan walaupun hampa dengan jawapan diberikan.

“Harap supermarket jangan biar orang kurang ajar dan pentingkan diri macam ni beli suka-suka. Lebih sesuai seorang boleh beli maksimum dua atau tiga ekor ayam saja.

“Yang ni betul! Selalu sangat orang beli ayam penuh troli. Lepas tu sampai dekat kami terkulat-kulat ayam dah tak ada. Kalau boleh hadkan beli minyak, kenapa ayam pun tak limitkan?

“Ayam dekat sini murah berbanding dekat pasar. B40 memang selalu beli di pasar raya sebab lagi murah.

Komen beberapa netizen.

“Betul akak ni… pihak pengurusan tolong hadkan satu orang limit dua atau tiga ekor. Orang lain nak juga rasa ayam murah. Kesian pada pelanggan lain yang balik kerja singgah nak cari barang basah nak masak untuk famili.

“Jangan fikir untung saja. Yang tauke restoran minta tolonglah cari ladang kalau nak borong. Kasihan orang lain,” demikian antara komen beberapa netizen.

Video asal dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut di TikTok bagaimanapun telah dipadam namun dikongsikan semula di platform Twitter.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih lebih 20,000 jumlah tontonan serta hampir 1,000 ulang kicau.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Patut la ayam cepat habis, pasar raya jual tanpa kawalan… Wanita ini s4kit hati tengok pengguna penting diri borang satu troli penuh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*