[VIDEO] Gelagat kucing ‘ketuk’ pintu guna kaki buat ramai terhibur

Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka.

Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja sifatnya yang cukup manja dan sukakan perhatian, malah haiwan ini juga dapat membuatkan pemiliknya rasa gembira dengan kehadiran mereka.

Menerusi satu video tular di laman instagram tv3malaysia, dapat dilihat seekor kucing berada di hadapan pintu di sebuah rumah.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kucing yang gemvk itu, dimana dia dilihat seakan mengetuk pintu rumah tersebut dengan sangat kencang menggunakan kakinya.

“Nak kata ada emergency bukan, nak kata nak guna tandas pon bukan. Any ideas? Kenapa kencang sangat mengetuk tu?,” tulis instagram tv3malaysia di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 220.8k tontonan, 20k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram tv3malaysia

Be the first to comment on "[VIDEO] Gelagat kucing ‘ketuk’ pintu guna kaki buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*