“Penguat semangatku, penyembuh lvkaku..,” – Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-4 Dayah Bakar Buat Suami Tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti pengacara Dayah Bakar, dimana pada hari ini dia dan suami iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat tahun.

Menerusi laman sosial instagram, Dayah menulis nukilan indah buat suami tercinta sambil memuat naik momen sewaktu mereka bercuti di luar negara sebelum ini untuk tatapan umum.

“BismillahiMashaAllah.

“Saya berdoa untuk cinta sejati, dan anda adalah doa yang menjadi kenyataan dan saya berterima kasih kepada Allah setiap hari untuk anda.
Hanifku, dalam banyak-banyak mimpi saya, awak memang impian yang saya akan syukuri selamanya.

“Penguat semangatku, penyembuh lvkaku , pendamai hatiku, pemilik belahan jiwaku. Selamat Hari Kita yang ke -4, syurga. Semoga kita terus dilimpahi cintaNya dan dikurniakan sakinah mawaddah warahmah,” tulis Dayah di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DAYAH BAKAR (@dayahbakar)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk makluman, Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Achbar Muhammad Fahri.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram dayahbakar

Be the first to comment on "“Penguat semangatku, penyembuh lvkaku..,” – Sweetnya Ucapan Anniversary Perkahwinan Ke-4 Dayah Bakar Buat Suami Tercinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*