[VIDEO] “Omar si Oyen dah takluk Gunung Datuk” Bertuah Omar Dan Oyen Dapat Tuan Suka Mendaki Gunung

Memiliki haiwan peliharaan seperti kucing ialah satu kemestian kepada sesebuah keluarga. Bila memelihara kucing ini, dapat juga tuannya menumpang kasih sayang walaupun hanya haiwan peliharaan.

Selalunya kucing ini hanya menjadi haiwan penyeri hidup di rumah dan jaranb sekali dibawa keluar, apatah lagi dibawa mendaki gunung ataupun sewaktu pemiliknya melakukan aktiviti pada masa terluang mereka.

Lain pula yang terjadi kepada dua ekor kucing yang bertuah kerana boleh mengikut pemilik mereka mendaki gunung Datuk. Rakaman video kedua kucing yang diberi nama Omar dan Si Oyen itu telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok bersama pemilik mereka.

Kelihatan pada rakaman video itu yang kedua- dua kucing itu digendung oleh kedua pemilik mereka itu yang membawa mereka sepanjang perjalanan kerana mereka ingin Omar dan si Oyen juga berjaya mendaki gunung yang dikenali sebagai gunung Datuk itu.

Video:

@meqyah5

Omar si Oyen dh takluk Gunung Datuk harini. #meowhiking #oyenhiking #catlover #catsoftiktok #anakbulus #fypシ #fyp #fypage

♬ nhạc nền – Moc – Mọt

Menjengah ke ruangan komen pula, kawan- kawan pemilik omar dan si oyen mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya mendaki gunung itu bersama kucing kesayangan mereka.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Tiktok meqyah5, sinarviral

Be the first to comment on "[VIDEO] “Omar si Oyen dah takluk Gunung Datuk” Bertuah Omar Dan Oyen Dapat Tuan Suka Mendaki Gunung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*