Tekak teringin makan bunga lili air, wanita keturunan Vietnam sanggup redah Tasik Taiping… Netizen pula minta ‘spill’ cara masak

SIAPA sangka pokok bunga lili air yang banyak menghiasi dan mengindahkan tasik rupa-rupanya mempunyai khasiat tersendiri.

Video yang dikongsikan oleh seorang wanita, memaparkan dia menarik beberapa batang tumbuhan tersebut ketika menaiki bot di Taman Tasik Taiping, Perak, baru-baru ini cukup menarik perhatian warga maya.

“Dari Pulau Pinang ke Taiping, Perak sebab teringin nak makan bunga dalam Tasik Taiping,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Melihat pada ruangan komen, rata-rata warga maya teruja untuk mengetahui cara penyediaan masakan menggunakan bunga lili air, malah ada yang keliru antara tumbuhan tersebut dengan pokok teratai.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama May Vo Dyakonov berkata, bunga lili air sememangnya antara sayur-sayuran yang sangat digemari oleh masyarakat di Vietnam.

“Saya kacukan Melayu, Vietnam, Champa dan Cina. Keluarga kedua-dua orang tua saya semuanya berasal dari Vietnam, sebelum berhijrah ke Malaysia sekitar 25 tahun yang lalu.

“Di sana, bunga lili ini ibarat kangkung di sini. Maknanya, ia tumbuhan liar air yang biasa diambil untuk dimakan dan banyak dijual di pasar.

Kebun mini May di balkoni rumahnya.

“Alkisahnya masa video itu dirakam, kebetulan saya berkunjung ke Perak. Alang-alang di Perak, saya dan suami singgah di Tasik Taiping sebab teringin nak makan bunga lili.

“Ini adalah kali kedua kami ambil. Kali pertama, saya minta kebenaran nak ambil sebab mengidam ketika mengandung anak sulung. Kali ini tak mengidam, sekadar teringin. Ya, pastinya minta izin daripada pihak di Tasik Taiping,” kata wanita berusia 29 tahun ini.

Lebih senang disapa May, suri rumah yang juga ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia setahun setengah itu berkata, bunga lili air mempunyai khasiat untuk kecantikan kulit.

May bertemu jodoh dengan jejaka dari Rusia.

“Bila saya kongsi video itu di TikTok, tak sangka sampai viral hingga raih lebih daripada 558,000 jumlah tontonan.

“Ramai yang komen, mereka baru tahu pokok tu boleh dimakan. Ada yang minta resipi. Malah ada yang salah faham itu pokok teratai… Dua tumbuhan ini spesies sama tapi jenis lain.

“Ada orang yang komen, mereka kata orang kampung biasanya memasak batangnya untuk dijadikan asam pedas. Kalau masakan Vietnam, selalunya buat sup bersama ikan, atau dijadikan ulam ulaman saja.

“Sebagai memenuhi permintaan pengikut, saya juga kongsi video memasak sup ikan bersama bunga lili air,” ujarnya yang menetap di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Melihat kepada video-video lain yang dimuat naik di aplikasi TikTok, May turut berkongsi rutin hariannya yang gemar bercvcuk tanam meskipun ruangan kediaman jenis kondominium yang didiami agak terhad.

“Bercucuk tanam ni memang dari keturunan, nenek moyang kami suka bercucuk tanam. Dah terbiasa… daripada kecil kami bertani kerana kami orang susah.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia setahun setengah.

“Bagus juga bercucuk tanam ni, kalau nak masak, tinggal petik saja. Antara yang ditanam seperti terung, limau purut, serai kayu, tomato, bebuas, cili, kangkung, sawi dan lain-lain. Penuh la balkoni,” ujarnya berseloroh.

Mendirikan rumah tangga dengan jejaka dari Rusia pada 2018, May berkata suaminya seorang yang tidak cerewet dalam bab makanan.

“Di rumah, biasanya saya masak masakan Melayu dan Vietnam. Suami mula-mula tak makan pedas, sekarang ni dah boleh. Malah dia lagi suka kalau saya masak dua jenis masakan ini,” katanya lagi.

May bersama suami kini menetap di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Tidak menyangka bilangan pengikutnya semakin bertambah selepas video ‘petik bunga lili air’ di Tasik Taiping menjadi tular, May berkata dia banyak menerima permintaan agar berkongsi lebih banyak video masakan dari Vietnam.

“Ramai yang minta saya share lebih banyak video berkebun dan memasak, Mereka nak saya kongsi resipi ‘pho’ iaitu makanan popular Vietnam. InsyaAllah saya cuba tunaikannya,” katanya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Tekak teringin makan bunga lili air, wanita keturunan Vietnam sanggup redah Tasik Taiping… Netizen pula minta ‘spill’ cara masak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*