Uqasha Senrose buat kejutan, hadiah ibu kereta mewah

Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.

Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Sama juga seperti pelakon, Uqasha Senrose yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada ibu kesayangan.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok kamalxuqashaloveforever, Uqasha dilihat memandu sebuah Toyota Alphard yang lengkap dengan riben merah pada bahagian hadapan, untuk dihadiahkan kepada ibunya.

Melihat Uqasha dengan kereta mewah tersebut, ibunya kelihatan terharu dan menerima sejambak bunga yang dibawa oleh isteri kepada Kamal Adli itu.

“Birthday present from Uqasha Senrose to mama. Semoga dimurahkan pintu rezeki yg luas untuk Uqasha..,” tulis tiktok kamalxuqashaloveforever di ruangan kapsyen.

Video:

@kamalxuqashaloveforever

Birthday present from Uqasha Senrose to mama ❤️🌹😍 semoga dimurahkan pintu rezeki yg luas untuk Uqasha.. #fyp #fypシ゚viral #fypシ #kamalxuqasha #uqashasenrose #kamaladli

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 873.7k tontonan, 59.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji dan mendoakan supaya Uqasha Senrose supaya sentiasa dimurahkan rezeki.

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal selamat disatukan sebagai suami isteri di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November tahun lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber tiktok kamalxuqashaloveforever 

Be the first to comment on "Uqasha Senrose buat kejutan, hadiah ibu kereta mewah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*