Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Shahir Solat Istikharah Minta Petunjuk Jodoh

Minggu lalu, tular di media sosial tentang status terkini penyanyi Shahir Zawawi yang dikatakan akan menamatkan zaman bujangnya itu bersama seorang wanita pilihannya.

Allah mudahkan perhubungan kami

Shahir yang sebelum ini pernah menjalin percintaan bersama selebriti tersohor Erra Fazira, percaya bahawa jodoh dan pertemuan adalah takdir yang tidak mampu diduga.

Apabila saya melakukan solat sunat Istikharah, namun, perjalanan hubungan disusahkan bermakna belum tiba masanya.

Namun, apabila Allah permudahkan, bermakna sampai seru. Begitu juga hubungan saya dengan bakal isteri.

Kami baru sahaja kenal, tetapi Allah gerakkan hati untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan.

Tambah Shahir lagi, hubungan dengan bakal isteri masih baharu tetapi perhubungan dipermudahkan.

Tunang Julai depan

Pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mended4hkan bakal bertunang pada pertengahan Julai ini.

Keluarga kami juga merestui hubungan yang terjalin. Jika diizinkan Tuhan, kami akan melangsungkan pertunangan pada pertengahan Julai depan.

Insya-Allah, majlis perkahwinan dirancang diadakan, tahun ini. Apapun, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan segala-galanya

Penyanyi yang berasal dari Kampar, Perak itu berkata dia dan bakal isteri sudah bersedia ke arah membina masjid. Bakal pengantin itu juga dikatakan telah menghadiri kursus kahwin.

Kalau cakap soal bersedia nak berumah tangga, saya sudah bersedia sebelum ini, tetapi belum jodoh.

Ikutkan usia saya ini sudah kahwin. Rakan seusia kebanyakan sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Biarpun tidak lama sahaja lagi akan melangsungkan perkahwinan, penyanyi itu masih belum mendedahkan identiti wanita pilihannya itu kepada peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh bulan

Be the first to comment on "Bakal Tamatkan Zaman Bujang, Shahir Solat Istikharah Minta Petunjuk Jodoh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*