“Suami Yang Berjaya Menjaga Isteri Dengan Sempurna”- Fizz Fairuz Syukur Almy Nadia Bertudung, Ramai Doakan Moga Istiqamah

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mengucapkan syukur selepas memuat naik rakaman video isterinya, Datin Almy Nadia yang kini manis bertudung litup.

Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram (IG) miliknya, Fizz sebak dan tiada kata hendak diungkapkan.

“Alhamdulilah…no caption…just sad…thank you Allah,” tulisnya.

Menerusi entri itu dia memuat naik menunjukkan suntingan video Almy yang berhijab penuh membawa anak-anak ke pusat permainan rekreasi terbesar , Legoland.

Hantaran itu bagaimanapun menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar Almy terus istiqamah dengan penampilannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dfizzfairuz 🇲🇾 (@fizzfairuzofficial)

Terdahulu, Almy ada memuat naik fotonya bertudung tetapi dia dan suami tidak memberi sebarang kenyataan dan membiarkan netizen tertanya-tanya dengan penampilan barunya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 telah dikurniakan empat cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3, dan Nur Afrina Aisyah baru berusia kurang setahun serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Suami Yang Berjaya Menjaga Isteri Dengan Sempurna”- Fizz Fairuz Syukur Almy Nadia Bertudung, Ramai Doakan Moga Istiqamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*