Laungan azan terakhir… Anak dijemput Ilahi sehari selepas ibu tiba di Tanah Suci, langit terang ketika kebvmi jen4zah 2 pagi

HAJAT seorang anak untuk melihat ibu kesayangan pulang ke tanah air dengan haji mabrur tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.

Bagaimanapun arw4h sempat melaungkan azan bagi mengiringi kebarangkatan ibunya ke Tanah Suci Makkah pada 20 Jun lalu.

Dua hari selepas pelepasan ke Tanah Suci, anak jemaah itu, Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli terlibat dalam kem4langan jalan raya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu saudara arw4h, Zalila Akasah berkata anak saudaranya yang mesra disapa Haiqal berusia 19 tahun men1ngg4l dvnia dalam kemal4ngan ketika menunggang motosikal di Melaka, pada Rabu lalu.

Menurut wanita berusia 45 itu, kejadian berlaku hanya sehari selepas ibu Allahyarham iaitu kakak sulungnya, Norzaini Akasah, 57, tiba di Tanah Suci.

“Ibu arw4h berlepas ke Tanah Suci pada Isnin dan tiba di sana pada Selasa. Pagi esoknya (22 Jun) anaknya men1ngg4l dvnia selepas terbabit dalam kemal4ngan.

“Arw4h sentiasa senyum sepanjang menghantar ibunya. Alhamdulillah arw4h sempat melaungkan azan untuk keberangkatan ibunya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Allahyarham Haiqal (berdiri, empat dari kiri) memberi civman kepada ibunya yang mahu berangkat ke Tanah Suci.

Zalila atau Ell mengakui sukar bagi mereka sekeluarga dan adik-beradik untuk menyampaikan berita kem4tian anak saudaranya itu kepada kakak yang baru tiba di Tanah Suci.

“Ibu mana yang tak sedih mendapat berita pemergian anaknya, apatah lagi sehari selepas ketibaannya di Tanah Suci. T4ngisan seorang ibu kerana bersedih adalah perkara biasa.

“Tapi kakak saya seorang yang tabah dan kuat. Wajah kakak kelihatan tenang dan selepas pengebumian arw4h, kakak saya beritahu dia reda dengan ketentuan Allah,” ujarnya sambil menambah anak saudaranya itu selamat dikebumikan sekitar pukul 2 pagi Khamis.

Allahyarham Haiqal (duduk, tengah hadapan) bersama saudara-mara.

Mengenai arw4h yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik, wanita ini menyifatkan anak saudaranya mempunyai keperibadian yang begitu disenangi ramai orang.

“Bagi kakak saya, arw4h merupakan seorang anak yang baik, sentiasa mendengar kata tak pernah melawan semasa hayatnya. Malah arw4h cukup baik dengan kami semua.

“Orangnya pendiam, tapi sentiasa tersenyum. Malam terakhir sebelum arwah men1ngg4l dvnia, saya ada buat panggilan video dengan kakaknya untuk bertanya khabar, wajahnya tetap senyum.

“Saya terharu melihat ramai rakan-rakan arw4h sanggup datang menghadiri pengebumian arw4h walaupun dekat pukul 2 pagi. Langit sangat terang waktu tu,” katanya.

Allahyarham sentiasa tersenyum dan disenangi ramai.

Ell yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan bahawa kakaknya turut menyaksikan upacara pengebvmian jen4zah anaknya menerusi panggilan video.

Menurut Ell yang merupakan pegawai bank, anak saudaranya itu adalah bekas pelajar tahfiz dan sering menjadi imam terutama solat tarawih di surau.

Ibu arw4h (kiri) bersama rakan jemaah di Tanah Suci.

Tambahnya, anak saudaranya yang merupakan johan dalam satu pertandingan azan secara sukarela melaungkan azan sewaktu keberangkatan kakaknya ke Tanah Suci.

“Saya perasan salah satu gambar arw4h menc1um pipi ibu dia sebelum ibu dia berlepas ke Tanah Suci. Saya seb4k tengok, arw4h c1um ibu dia seolah-olah dia tahu ‘nak pergi’.

“Mengenai kakak saya, di mana kekuatannya untuk berdepan dengan situasi ini, apatah lagi berada jauh di saat anak dikebumikan. Saya tak rasa semua orang mampu melakukannya.

“Kakak pernah berhasrat nak bawa anak-anaknya pergi menunaikan umrah, tapi tiada rezeki. Doakan agar kakak saya diberikan kekuatan dan kesihatan sepanjang menunaikan haji, dan semoga arw4h anak saudara ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Laungan azan terakhir… Anak dijemput Ilahi sehari selepas ibu tiba di Tanah Suci, langit terang ketika kebvmi jen4zah 2 pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*