“Guna Lebih 150 Rambut Palsu Yang Diimport, Berat Tapi Selesa,” – Konsert Sukses, ‘Baju Rambut’ Aina Abdul Paling Cvri Tumpuan

Penyanyi Aina Abdul mended4hkan tiga persalinan yang digayakan pada malam pertama konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi mempunyai signifikan yang tersendiri.

Paling mencuri tumpuan adalah busana pertama yang dikenakan Aina, 29, yang mempunyai perincian rambut sebagai material utamanya.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Gani, berkata, persalinan rona hitam tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza.

“Kesemua persalinan ada ceritanya masing-masing. ‘Outfit’ yang pertama boleh dikatakan sebagai ‘the alter-ego of Aina Abdul’. Ia menggunakan lebih 150 unit rambut palsu yang diimport dan dicampur bersama rambut asli.

“Agak berat untuk dipakai tetapi selesa, kukuh. Persalinan tersebut dibuat pereka Melinda Looi.

“Sebenarnya idea untuk menggunakan material rambut sebenarnya datang hasil perbincangan bersama Abu. Ketika itu konsert ini belum lagi terjadi atau dibincangkan.

“Tetapi saya selalu beritahu Abu, saya mahu gunakan material ‘rare’ yang mana orang tak kan terfikir. Apa lagi yang boleh bagi atau dipersembahkan.

Lalu dia ada tunjukkan satu foto busana ‘baju rambut’ yang saya rekaannya belum saya tengok lagi,” katanya kepada MH.

Tambah Aina, dia bersyukur kerana mempunyai barisan ‘skuad cantik’ komited yang membawa kepada penghasilan sesuatu yang diidam-idamkan.

“Saya tertarik dan pereka yang saya terfikir ketika itu ialah Melinda Looi memandangkan beliau selalu berfikir di luar kotak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Sebab itulah kita panggil busana tersebut sebagai ‘The Hair Outfit’. Jujurnya saya tidak sabar untuk melihat apa reaksi peminat di luar sana dengan persalinan ‘rambut’ itu.

“Bagi saya ia persalinan yang brilliant. Tak pernah difikir orang tetapi berkat pasukan saya, kami bersama-sama seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang sangat berbeza,” katanya lagi.

Selain persalinan berkenaan, dua lagi busana turut digayakan Aina malam tadi iaitu gaun kembang rona jingga rekaan Zaimi Zulkafli yang menggunakan lebih 2,000 meter kain dan dres sarat tassel rekaan Rizaman Ruzaini.

Baju ilham Kuntum pula dipakai Aina khas untuk sidang media dan sesi meet and greet bersama penonton.

Beberapa persalinan unik lain bakal digayakan penyanyi lagu Semalam itu pada malam kedua, malam ini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mediahiburan.my

Be the first to comment on "“Guna Lebih 150 Rambut Palsu Yang Diimport, Berat Tapi Selesa,” – Konsert Sukses, ‘Baju Rambut’ Aina Abdul Paling Cvri Tumpuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*