“Betul Lah Jangan Judge Orang”- Jenguk Ibu Kurang Sihat, Ramai Speechless Dengar MK Mengaji & Jadi Imam

Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mendapat perhatian netizen apabila video yang merakamkan dirinya mengaji menjadi tular di media sosial.

Difahamkan video tersebut dikongsi oleh kakaknya di akaun TikTok dengan id @wawa.evs pada Sabtu.

Video tersebut merakamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sedang mengaji bersama-sama dengan keluarga dan menjadi imam.

Selain itu, MK juga mengetuai bacaan zikir namun tidak segan meminta bantuan ibunya untuk memperbetulkan sebutan dan bacaannya.

Sehingga kini ruangan komen TikTok itu masih dipenuhi dengan kata-kata pujian selain mengagumi MK.

Video:

@wawa.evs

Mum’s not feeling well. So we flew back home to her 🤍

♬ original sound – Wawa Evs – Wawa Evs

Disebabkan itu juga yang memberikan komen dengan menyatakan jangan menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan luarannya.

Selain itu, netizen juga turut mendoakan agar ibu MK diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Betul Lah Jangan Judge Orang”- Jenguk Ibu Kurang Sihat, Ramai Speechless Dengar MK Mengaji & Jadi Imam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*