Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

HADIAHKAN kepada pengantin barangan yang bermanfaat seperti kelengkapan rumah dan barangan keperluan rumah, sekumpulan sahabat ini dipuji warga maya kerana ia bermanfaat daripada yang ‘bukan-bukan’ atau merapu.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok nzrnahmd_, kumpulan sahabat sedondon hitam itu menghadiri majlis meraikan rakan mereka menjadi raja sehari.

Antara hadiah yang dibawa ialah bantal, set kuali dan periuk serta bahan makanan seperti gula, bawang, sabun, telur, minuman coklat malt, minyak masak dan kicap.

“Dah macam m4ngsa banjir,” tulis nzrnahmd_ pada kapsyen yang mungkin merujuk kepada hadiah yang dibawa mereka.

Video:

@nzrnahmd_

Dah macam mangsa banjir 😂 #fyp #kahwin

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Warga maya rata-rata memuji kumpulan lelaki terbabit kerana memberikan buah tangan yang bermanfaat buat pengantin.

Walaupun mungkin harganya tidak tinggi, ia tentunya akan digunakan dan tidak ‘mencemarkan’ majlis.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus..sinarharian.com

Be the first to comment on "Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*