“Bila Awak Bantu Proses Kelahiran, Sambut Anak Kita Subhanallah,” – Video Elfira Loy ‘Berjuang’ Di Labour Room, Dipuji Sangat Tenang

Pelakon Elfira Loy berkongsi momen indah saat suaminya, Farish Khairol Anuar yang dirakam menyambut sendiri kelahiran cahaya mata mereka.

Video dan dedikasi indah itu dilayangkan Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini.

Di dalam ucapan tersebut, Elfira berterima kasih buat suami kerana menjadi ketua keluarga terbaik di samping dua permata hati.

“To my beloved husband, Ayah to my child

Happy Father’s day @fariskanuar, thank you for making effort to be a great Ayah to our beloved son Muhamad Rayyan Khalaf & daughter Nur Aria Mikayla.

“We love you so much no matter how annoying you are. You are still amazing.

“My best moment of you : when you assisting with the birth, sambut anak kita. SubhanAllah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instgaram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

Menerima lebih 55,000 tanda suka, suaminya turut membalas penghargaan yang dibuat isteri tersayang.

Malah, rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik selain ada yang kagum kerana menyifatkan Elfira tenang sewaktu proses bersalin berjalan.

Untuk rekod, Elfira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 memiliki sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Rayyan Khalaf,2, dan Nur Aria Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Bila Awak Bantu Proses Kelahiran, Sambut Anak Kita Subhanallah,” – Video Elfira Loy ‘Berjuang’ Di Labour Room, Dipuji Sangat Tenang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*