“Saya Selalu Ternantikan Nyanyian Arw4h” – Siti Nurhaliza Kenang Momen Indah Bersama Adibah Noor, Sempat Juga Untuk…

Pemergian Allahyarhamah Adibah Noor petang semalam turut memberi kesan terhadap penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Siti berkongsi pandangannya terhadap keperibadian mulia pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

“Salam Takziah buat keluarga arw4h kak Adibah Noor. Semalam semasa pengajian bersama Ustaz Wadi Anuar di rumah, saya dapat berita pemergian insan yang disayangi ramai.

“Sempat kami beramai ramai mendoakan arw4h.

“Kak Adibah sepanjang mengenalinya seorang yang sangat disenangi, suka berjenaka, tak lokek ilmu, merendah diri dan penghibur sejati.

“Saya selalu kagum bila dengar arwah bercakap apatah lagi bila menyanyi. Bila dalam satu majlis, saya akan sentiasa ternanti nanti nyanyian arw4h, istimewanya arw4h.

“Tapi kini Arw4h telah pergi meninggalkan kita pulang ke negeri abadi.. Kita juga akan pulang bila sampai masanya,” katanya.

Tambah Siti, dia memohon orang ramai untuk banyakkan sedekah surah Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.

“Marilah sedekahkan Al Fatihah kepada arwah yang pernah buat kita ketawa & menyentuh hati kita dengan kebaikannya.

“Semoga Arw4h ditempatkan bersama insan terpilih disana. Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia Ya Allah,” katanya.

Terdahulu, jen4zah Allahyarhamah selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur pada jam 11.31 pagi tadi.

Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat dan rakan artis tampil memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah penyanyi dan komposer Datuk M.Nasir, Anuar Zain, Datuk Hans Isaac, dan pelakon Remy Ishak.

Untuk rekod, industri seni dikejutkan dengan pemergian sebutir permata yang disayangi ramai, Allahyarhamah Adibah Noor.

Arw4h sebelum ini pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV8).

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar telah menghembvskan n4fasnya yang terakhir kira-kira jam 6.00 petang Sabtu di Hospital Gleneagles.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Selalu Ternantikan Nyanyian Arw4h” – Siti Nurhaliza Kenang Momen Indah Bersama Adibah Noor, Sempat Juga Untuk…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*