“Dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin,” – Sharifah Shahirah syukur anak dapat 2A

 Pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah, 47, berpuas hati dengan keputusan 2A yang diperoleh anaknya, Airell Zulkifly, 18, dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera ketika dihubungi berkata, dia amat bersyukur anaknya itu lulus SPM dan memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusan Airell walaupun hanya mendapat 2A. Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Melihatkan kepada keputusan SPM itu, rata-ratanya mata pelajaran yang Airell lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Shiera berkata, dia menerima apa saja keputusan SPM anaknya itu dengan hati terbuka walaupun sekiranya Airell gagal.

Katanya, dia hanya mahu Airell menjadi insan berguna apabila dewasa nanti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

“Saya lebih menekankan Airell agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tidak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.

“Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup. Apa-apa pun, saya tetap akan menghantar dia (Airell) melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang-kurangnya ada diploma,” katanya.

Menurut Shiera, buat masa ini Airell juga sudah bekerja sambilan sebagai juruwang di kedai makan milik suaminya, Ijoy Azahari.

Katanya, sikap Airell yang tidak banyak bercakap sesuai dengan tugas berkenaan.

Selain Airell, Shiera yang mendirikan rumah tangga kali dengan pelakon Ijoy pada 28 Februari 2003 turut dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airra, Audra dan Adeena.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya Tahir, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "“Dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin,” – Sharifah Shahirah syukur anak dapat 2A"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*