Rozita Che Wan, Zain Saidin naik pelamin lagi, dapat tajaan RM100,000

ROZITA Che Wan dan Zain Saidin, kalau tak buat gimik bukanlah mereka.

Sekali lagi naik pelamin, pelakon Rozita Che Wan melu4hkan rasa teruja dan gembira apabila ulang tahun perkahwinannya yang ke 9 tahun diraikan dalam satu majlis gemilang.

Berlangsung di Glamhall, Damansara, majlis itu yang dianggarkan menelan belanja RM100,00 ditaja sepenuhnya oleh sabahat baik iaitu Anas Zahrin.

Majlis Che Ta ditaja oleh sahabat baiknya, Anas.

Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, dia menyerahkan sepenuhnya persiapa majlis tersebut kepada Anas dan hanya mengikut aturan program yang telah ditetapkan.

“Pesiapan untuk majlis ini tidaklah dirancang lama. Semuanya saya serahkan kepada Anas. Saya hanya pergi untuk buat ukuran baju sahaja.

“Bayangkanlah untuk belanja makan sahaja mungkin sudah mencecah RM60,000. Termasuk kos-kos lain saya rasa mungkin keseluruhan hampir RM100,000.

“Anas seorang sahabat yang baik. Saya tak terkejut dia hendak taja majlis ini,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Dalam majlis tersebut Che Ta memakai persalinan pengantin songket merah rekaan Man Kajang, sahabat baiknya.

Selian meraikan ulang tahun perkahwinan, Che Ta turut melancarkan produk terbaharu iaitu Inai Che Ta yang mula dipasarkam sejak dua minggu lalu.

Hampir 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Cha Ta turut berkongsi rahsia keharmonian yang sentiasa menjadi pegangan antara dia dan suaminya, Zain Saidin.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja, pasangan ini akan pasti mereka ada masa untuk keluar makan malam berdua sekurang-kurang dua kali sebulan.

“Dalam rumah tangga kena give and take. Apa perkara yang dia suka saya kena terima.

Keluarga bahagia Che Ta dan Zain.

“Kami memang sibuk dengan kerja, bagaimanapun mesti tetapkan akan keluar makan malam bersama sekurang-kurang dua kali sebulan.

“Sebelum ini selalu pergi bercuti, tetapi dalam keadaan sekarang hanya boleh makan malam bersama sahaja,” ujarnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra,24.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Rozita Che Wan, Zain Saidin naik pelamin lagi, dapat tajaan RM100,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*