Kasihan… henna merekah, tanggal sebelum majlis tunang! Telefon si pelukis langsung tak dilayan, dibayar upah tetap ambil

DALAM kemanisan hari pertunangan, pasti akan ada detik menc4bar atau situasi tak diingini yang perlu dilalui oleh setiap wanita.

Begitu juga dengan Amendha, 27, yang agak kecewa dengan apa yang berlaku pada majlis pertunangannya.

Menurutnya yang senang disapa Mendha, dia telah membuat persiapan rapi untuk majlis pertunangan bersama pasangan, Arif Aiman, 22, pada 29 Mei lalu di Taman Selasih, Kulim, Kedah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya berasal dari Indonesia tapi menetap di Malaysia untuk bekerja. Tak sangka pula berjodoh dengan orang sini.

“Saya tinggal di sebuah hostel saja jadi terp4ksa buat majlis bertunang dekat rumah Arif. Seperti wanita lain, saya buat tempahan pelamin, jurufoto, makanan termasuklah pelukis inai.

“Untuk semua tempahan tu kami tak bayar penuh cuma bayar booking, tapi bila tiba hari majlis saya tak puas hati dengan hasil ukiran henna yang dibuat,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut Mendha yang menetap di Kulim, henna berwarna putih yang diukir pada kedua-dua belah tangannya mula merekah dan tertanggal, kurang dari dua jam selepas dilukis.

Panik melihatnya, Mendha sempat menelefon pelukis inai namun mendakwa wanita tersebut memutuskan talian membuatkan dirinya buntu.

“Pelukis cakap henna jenis ni boleh tahan sampai lapan jam tapi ni tak sampai dua jam pun dah rosak. Masa saya tengah make-up, henna tu merekah dan tertanggal.

Inai putih tertanggal kurang dua jam selepas dilukis.

“Saya ada telefon dia semula suruh betulkan atau buat lain guna henna merah pula sebab dah tahu warna putih ni tak tahan lama. Dia tak bagi jawapan dan terus matikan call saya. Sedangkan saya nak bayar, bukannya minta dia buat semula percuma.

“Alang-alang dah tak elok, jadi saya tanggal semua sekali dan guna inai celup yang saya ada saja. Inai tu warna maroon jadi memang agak gelap sikit dan tak cantik,” kata Mendha.

Berikutan ‘insiden’ itu, Mendha mengakui berasa terkilan dengan layanan dan perkhidmatan yang diterima.

Katanya, dia turut malu dan berasa dirinya tidak menarik semasa majlis pertunangan gara-gara inai celup yang dipakai.

Mendha terpaksa memakai inai celup setelah lukisan henna putih rosak sebelum majlis.

Malah, wanita ini mendakwa nombor telefonnya telah disekat oleh pelukis henna tersebut sejurus bayaran penuh dibuat olehnya.

“Bertunang ni sekali je seumur hidup mestilah kita nak yang terbaik. Saya tak boleh terima bila apa yang saya harapkan dan terima tak setimpal dengan apa kita berikan.

Majlis pertunangan pada 29 Mei 2022.

“Lepas dia siap lukis henna saya tak sempat buat bayaran penuh jadi saya transfer juga duit baki bayaran sepatutnya. Lepas dia terima duit terus saya kena block dekat Whatsapp.

“Apa yang dapat saya kongsikan, sebelum booking tengok dulu hasil kerjanya macam mana sebelum ni. Kalau nak ambil white henna macam saya tanya dulu dia guna produk apa. Semoga bakal pengantin atau pelanggan lain boleh jadikan ini sebagai pengajaran buat mereka juga,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Kasihan… henna merekah, tanggal sebelum majlis tunang! Telefon si pelukis langsung tak dilayan, dibayar upah tetap ambil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*