Hamid Gurkha stabil, masih dalam pemantauan h0spital

Pelawak legenda Hamid Gurkha, 87, kini dalam keadaan stabil walaupun masih menjalani raw4tan di wad pemantauan H0spital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejak khamis lalu.

Beliau yang mesra disapa Pak Hamid itu ditahan di wad berkenaan ak1bat mas4lah kesihatan p4ru-p4ru yang dialaminya.

Perkara itu disahkan anaknya Nor Ashita, 47, selain turut menegaskan bapanya kini bukanlah dalam keadaan krit1kal.

Katanya, tahap kesihatan bapanya itu masih memerlukan pemantauan daripada doktor sebelum ditukarkan ke wad biasa.

“Keadaan Pak Hamid sekarang ini stabil, dia bukan dalam keadaan krit1kal tapi masih lagi di bawah pemantauan doktor.

“Dia sekarang ditahan dalam wad pemantauan (isolation ward) dan memang tak dibenarkan untuk melawat. Keluarga pun kena dapat kebenaran daripada doktor, itupun dalam lima ke 10 minit saja yang mereka bagi. 

“Doktor akan pantau dalam satu ke dua hari lagi. Kalau bacaan oksigen baik atau keadaan dia kekal stabil barulah dia akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, pihak keluarga mengharapkan proses pertukaran ke wad biasa itu berjalan hari ini supaya dia dapat segera di bawa pulang ke rumah.

“Kami harapkan dia dapat ditukar ke wad biasa hari ini, jadi doakanlah agar dia dapat tukar dalam hari ini juga. Sebab selepas itu baru boleh balik ke rumah.

“Sekarang ini kami tengah tunggu juga pemakluman daripada doktor sebab sekarang ini masih belum ada apa-apa lagi.

Sebelum ini, Hamid dilaporkan s4kit dan hanya terlantar di rumahnya ak1bat dij4ngkiti C0vldl9 sebelum dimasukkan ke wad berikutan masalah kesihatan paru-paru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Hamid Gurkha stabil, masih dalam pemantauan h0spital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*