G4dis dirisik mengejut di kedai emas tapi wajah bakal mentua macam tak suka masa sarung cincin, boyfriend beri penjelasan!

SECARA tiba-tiba dirisik!

Begitulah kapsyen ditulis pada video memaparkan seorang perempuan sedang disarungkan cincin oleh wanita sudah berusia di sebuah premis menjual barang kemas pupular.

Berikutan video yang menjadi tular sehingga menimbulkan spekulasi itu, Hafeez Rostam, 24, tampil untuk menceritakan secara terperinci kisah kekasihnya, Aqila, 24, yang dirisik oleh ibunya, Lin, 47, di kedai Habib Jewels, Kuantan, Pahang pada 22 Mei lalu.

“Hari kejadian tu saya pergi pusat beli belah East Coast Mall dengan mak, adik-beradik dan kekasih. Aqila datang dari Selangor sebab dapat jemputan kenduri kahwin dekat Kuantan.

“Kami pergi sarapan bersama dulu. Lepas siap makan mak ajak saya dan Aqila pergi Habib Jewels teman dia ‘cuci mata’. Jadi kami cuma ikut saja mak pergi ke kedai tu.

“Tiba-tiba mak ada tanya dekat Aqila nak cincin yang mana. Katanya kalau berkenan dan lawa ambil saja sebab mak nak belanja dia sebagai hadiah… jadi kekasih saya pun ambil cincin yang dia berkenan,” ujar Hafeez.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jelas Hafeez yang sudah menjalinkan percintaan dengan Aqila selama lebih tiga tahun, pemberian cincin itu bukanlah sebagai tanda merisik seperti yang diperkatakan di TikTok.

Dia yang menetap di Kuantan, berkata video tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang pekerja di Habib Jewels sehingga mengundang pelbagai cerita.

“Pekerja tu sengaja rakam momen masa saya tengah ambil video mak serahkan hadiah cincin dekat kekasih saya. Saja suka-suka nak simpan sebagai kenangan manis kami.

Aqilah menerima sebentuk cincin hadiah daripada ibu Hafeez.

“Yang rakam tu post dekat TikTok tulis kami merisik tu saja-saja lepas dapat keizinan kami tapi tak sangka pula video tu boleh viral sampai terlampau banyak komen. Saya sendiri pun tak sangka boleh jadi macam ni,” jelas Hafeez.

Berikutan video yang menjadi tular di TikTok sehingga meraih hampir 500,000 jumlah tontonan, warga maya turut mempersoalkan mengenai ekspresi wajah ibu Hafeez yang dilihat seperti tidak senang dengan situasi itu.

Selain itu, netizen turut mempersoalkan tentang adat dan adab merisik yang dilakukan tanpa kehadiran keluarga pihak perempuan pada ketika itu kerana tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

“Saya dan Aqilah ni dah lama bercinta sampai famili masing-masing pun dah kenal rapat. Lagipun memang saya akan bertunang dengan dia tak lama lagi.

Hafeez sudah mengenali Aqilah melebihi tempoh tiga tahun.

“Berkenaan muka mak saya masa tu, memang style mak macam tu. Dia seorang yang pendiam dan pemalu sebenarnya. Pertama kali dia tiba-tiba kena rakam dengan keadaan orang ramai masa tu mestilah dia segan dan rasa janggal.

“Apa-apa pun saya harap penjelasan saya ni boleh meredakan segala tuduhan yang netizen beri. Tolong doakan hubungan kami sekeluarga juga urusan saya untuk bertunang dengan Aqila dipermudahkan,” jelas Hafeez.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "G4dis dirisik mengejut di kedai emas tapi wajah bakal mentua macam tak suka masa sarung cincin, boyfriend beri penjelasan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*