“Alololo ringannya dia,” – [VIDEO] Alisa Aisyah kena ‘tarik’ dengan layang-layang buat ramai terhibur

Tel4tah anak selebriti terkenal Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali mencvri perhatian ramai dengan gelagat comel mereka. Gelagat dua beradik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang begitu bersahaja sering kali menghiburkan warganet.

Biarpun masih kecil, namun kedua-dua si cilik tersebut telah memiliki jumlah followers yang ramai di akaun Instagram. Bukan sahaja comel, malah ada sahaja keletah dan ragam dua beradik ini yang sering dikongsi oleh Hanis Zalikha ataupun Hairul Azreen.

Baru-baru ini menerusi laman instagram hairulazreen, Alisa Aisyah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dilihat sedang bermain layang-layang di tepi sebuah pantai.

Namun, apa yang mencvri perhatian ialah Alisa yang seakan ditarik layang-layang tersebut, kerana tiupan angin yang agak kuat. Melihat situasi tersebut, Hairul Azreen bergegas mendapatkan anak perempuannya itu.

“@thealisaaisyah kena tarik dengan layang-layang,” tulis Hairul Azreen di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 27.1k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Alisa Aisyah.

Untuk makluman, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkahwin pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram hairulazreen

Be the first to comment on "“Alololo ringannya dia,” – [VIDEO] Alisa Aisyah kena ‘tarik’ dengan layang-layang buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*