[Vide0] Syahmi Sazli ded4h jualan hari terakhir air balang, bagi RM1000 seorang kepada 15 pekerja

Selepas tiga bulan menjual air balang, akhirnya YouTuber dan pengarah terkenal, Syahmi Sazli terpaksa menamatkan operasi perniagaannya itu hari ini.

Walaupun berjaya memungut RM19,000 hasil jualan pada minggu pertama bulan ketiga operasinya, Syahmi terpaksa menutup sementara perniagaan bersama 15 orang pekerjanya itu atas beberapa faktor antaranya risau terambil parkir hak orang lain.

Melalui satu perkongsian video di Instagramnya, Syahmi terpaksa akur dengan beberapa isu yang tidak dinyatakan dan menamatkan operasi jualan air balang yang pernah tular sebelum ini.

“Selepas dua bulan dan hari ini hari pertama bulan ketiga operasi kita, saya terpaksa tutup buat sementara perniagaan air balang ini.

” Hari ini hasil jualan cecah RM19,000 sepatutnya ada notis penutupan tapi kali ini ia mengejut, pekerja-pekerja saya tidak sempat mencari pekerjaan lain.

“Sebelum ini gaji RM200 ke RM300 seminggu, bonus pun dah kasi. Tapi hari ini saya akan bagi gaji RM1,000 seorang, ” ujar Syahmi.

Menerusi video tersebut juga kelihatan beberapa pekerjanya men4ngis selepas keputusan penutupan gerai air balang tersebut.

Terdahulu, pengarah filem Mael Totey itu membuka khemah jualan air balang pelbagai perisa di hadapan pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan.

Perniagaan tersebut kemudiannya tular pada bulan Ramadan lalu dan Syahmi membuat keputusan untuk terus berniaga disamping membantu anak muda yang tiada pekerjaan.

Namun disebabkan beberapa faktor, Syahmi terpaksa akur dan membuat keputusan untuk menamatkan seketika jualan air balang tersebut hari ini.

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat juga tidak ketinggalan untuk memberikan komen yang positif terhadap perkongsian Y0utuber terkenal itu.

KOMEN NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber; KOSMO / https://burmeseasia.com/

Be the first to comment on "[Vide0] Syahmi Sazli ded4h jualan hari terakhir air balang, bagi RM1000 seorang kepada 15 pekerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*