“Tk Tau Putih Dia Datang Dari Mana..”- Neelofa Panggil Anak ‘Snowman’ Tp Ditegah Suami Risau Melekat Sampai Besar

Menerusi satu klip hasil temu bual bersama Neelofa baru baru ini membuatkan ramai peminat tidak sabar menanti akan perkongsian beliau mengenai anak lelaki beliau hasil perkahwinan beliau dengan PU Riz iaitu Muhammad Bilal.

Neelofa yang merupakan seorang wanita yang bekerjaya dalam perniagaan mahupun dalam industri seni tersebut menceritakan pelbagai pengalaman sejak beliau bergelar sebagai seorang ibu kepada Bilal.

Pelbagai pertanyaan dalam temu bual tersebut membuatkan beliau teruja menjawab segala persoalan tersebut agar peminat tidak merasakan bahawa beliau menyembunyikan perkara terindah dalam hidup beliau sepanjang bergelar menjadi seorang ibu.

Hasil temu bual tersebut, persoalan yang menarik perhatian ramai apabila panggilan beliau kepada anak beliau kerana anak kepada kakak beliau Noor Nabila yang mempunyai anak hasil perkahwinan dengan Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden dipanggil sebgaai ‘baby’ dari kecil lagi.

Panggilan unutk anak Neelofa masih sama iaitu Bilal dan tidak akan berubah kerana beliau telah menerima teguran dari suami beliau sendiri kerana risau nam panggilan tersebut melekat sehingga besar.

Namun Neelofa masih dengan sifat beliau yang suka memanggil anak beliau dengan panggilan ‘snowman’ kerana kulit anak beliau begitu putih dan beliau tidak tahu anak beliau mendapat kulit tersebut daripada siapa dan ini membuatkan ramai terhibur akan kenyataan selebriti itu.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Dalam temu bual tersebut, Neelofa tersasul menyatakan bahawa beliau mempunyai sebuah akaun Instagram yang hanya ada kawan rapat namun para peminat memperbetul kenyataan beliau dengan menyatakan itu merupakan ‘IG Stories’ yang dibuat hanya untuk teman rapat dan beliau sudah mula berkongsikan gambar Bilal kepada mereka.

Apa apa pun hanya doa yang terbaik buat Neelofa dan keluarga beliau semoga dapat menjadi sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa sukses.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinetronmalaya

Be the first to comment on "“Tk Tau Putih Dia Datang Dari Mana..”- Neelofa Panggil Anak ‘Snowman’ Tp Ditegah Suami Risau Melekat Sampai Besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*