Anak Bujang Bersunat, Isteri Terp4ksa Teman Anak! Ini Yang Jadi Pada Tomok

Pengalaman bersunat atau berkhatan anak-anak sudah pasti ibu bapa yang akan terasa ser4m. Tapi perkara tersebut memang akan dilalui bagi setiap ibu bapa yang mempunyai anak lelaki.

Sama seperti penyanyi yang juga bapa kepada tiga cahaya mata, Tomok akui pengalaman pertama membawa kedua-dua anaknya Arrian Shah Akid, 10, dan Andra Shah Akid, 7, berkhatan sesuatu yang tak akan dilupakan.

Disebabkan perasaan gementar, Tomok menyatakan dia tak dapat menemani kedua-dua anak lelakinya ketika proses bersunat itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Ia satu pengalaman berbeza dan bermakna untuk kami sebagai ibu bapa. Hantar dan lihat mereka bersunat.

“Cuma saya tak masuk tengoklah, bukan apa saya f0bia sedikit. Jadi isterilah yang menemani mereka masuk bilik doktor.

“Saya cuma menenangkan mereka dan sebelum masuk bilik doktor serta di luar selepas bersunat sahaja,” katanya.

Mengenai keadaan dan kesihatan anaknya Tomok memberitahu pada mulanya dua beradik itu banyak bertanya.

“Mereka okay cuma biasalah banyak bertanya. Sudah tentu awal-awal itu mereka ada rasa tkut dan men4ngis juga masa hari pertama. Selepas beberap hari nampaknya semakin pulih.

“Sekarang isteri yang menjaga mereka sepanjang tempoh berehat dan berpantang ini. Jadi untuk bagi kedua-duanya merasai nikmat sepanjang tempoh ini, saya belikan video game,” kongsinya.

Tomok atau nama sebenar, Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Khadijah yang baru berusia dua tahun.

Rata-rata netizen juga turut mendoakan semoga semoga urusan berkhatan Arrian dan Andra dipermudahkan  dan diberi kesembuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: IG Tomok, tehtarikkaw

Be the first to comment on "Anak Bujang Bersunat, Isteri Terp4ksa Teman Anak! Ini Yang Jadi Pada Tomok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*