[VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa ‘driver’ siap bergambar

Baru-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan dua beradik yang begitu gembira dapat bergambar dengan pemandu lori sampah.

Apa yang lebih membanggakan apabila kanak-kanak berkenaan mempunyai cita-cita untuk bekerja mengutip sisa kotoran itu.

Video itu telah dimuat naik di laman sosial, Tiktok oleh @Eyjarahim dan telah mendapat 1.4 juta tontonan dengan 211.3k tanda suka.

Menurut Eyja, anak-anaknya begitu minat dengan lori sampah.

“Setiap kali bunyi lori sampah, dia ajak jumpa abang ni,” kata Eyja.

Bagi memenuhi keinginan itu, ibu dan ayah kepada kanak-kanak berkenaan menunaikan permintaan dengan membawa mereka berjumpa lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori sampah.

Rakaman itu telah menarik perhatian warga maya dan rata-rata mereka berbangga dengan cara didikan ibu bapa.

 

Video:

@eyjarahim

Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨

♬ original sound – Rachel Grae

Jadi benarlah perumpamaan bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Anak-anak itu cerminan kepada kedua orang tuanya.

Justeru, tidak salah jika anak-anak mengidolakan pekerja pemandu lori sampah mahupun pengutip sampah kerana itu juga pekerjaan yang mulia.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus.sinarharian

Be the first to comment on "[VIDEO] Anak minat lori sampah, ‘excited’ jumpa ‘driver’ siap bergambar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*