Ramai terhibur bila Tokti cuba buat video Tiktok di tempat awam

Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini? Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya seorang penghibur yang tersohor dalam industri hiburan tempatan dan antarabangsa. Selain pernah menjayakan beberapa persembahan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura, beliau juga pernah mencatat sejarah apabila mengadakan konsert di Albert Hall, London.

Sebagai seorang selebriti, Tokti juga mempunyai akaun media sosial beliau sendiri untuk berkomunikasi dengan para peminat. Malahan Tokti sangat aktif di media sosial berkongsi segala aktiviti seni, perniagaan dan juga aktiviti seharian beliau bersama keluarga serta anak- anak. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 8.7 juta orang para pengikut.

Terbaru menerusi laman instagram miliknya, Tokti sekali lagi mencvri perhatian ramai apabila memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya berada di sebuah pasar raya.

Menerusi video tersebut, Tokti dilihat cuba melakukan satu trend yang tular di media sosial dan terpaksa melakukannya beberapa kali.

“Bila nak buat video kat tempat awam inilah jadinya.. hahahah… tak sangka ada penari latar samaaa yek tangan tu.. Agaknya dia dah reheasal senyap2 step tu sebab tengok saya buat banyak kali kannn!!,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 24.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Tokti.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: instagram ctdk

Be the first to comment on "Ramai terhibur bila Tokti cuba buat video Tiktok di tempat awam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*