“Terkejut Terharu Happy Syukur…,” – Suami Buat Suprise! Neelofa Dapat Gelang LV

Beberapa hari lalu, selebriti popular Neelofa Mohd Noor berkongsi momen bermakna apabila suami tersayang, Haris Ismail atau PU Riz membuat kejutan memberi bingkisan hadiah.

Menurut Lofa, PU Riz yang ditulisnya sebagai ‘Pak Ustad’ di media sosial berbuat demikian sejurus pulang dari Solat Jumaat.

Video pendek pemberian dikongsikan ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi Tik Tok.

“Suami balik dari Solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut terharu happy syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah,” tulisnya.

Syukur nikmat atas pemberian berupa seutas gelang, Lofa akui tumpang gembira apabila menonton video seumpamanya.

Video:

@neelofa

Moga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya 🤲🏼

♬ Takdir Cinta – Lesti & Rizky BIllar

“Sebenarnya ni bukan kali pertama Pak Ustad bawa bali surprise hadiah dan Lofa suka tengok video-video bila suami bagi hadiah kat isteri.

“Doakan kebahagiaan rumah tangga kami,” pintanya sambil disusuli emoji berbentuk hati.

Meninjau ke ruangan komen, pengguna Tik Tok masing-masing menitipkan komen pelbagai. 

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih sejuta kali.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu dan selamat menimang cahaya mata pertama, Muhammad Bilal 29 Januari 2022.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Terkejut Terharu Happy Syukur…,” – Suami Buat Suprise! Neelofa Dapat Gelang LV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*