Mula-mula lenguh, badan bongk0k selepas 2 tahun kahwin! Isteri p4srah suami dah tak boleh jalan tegak, keluar pakai baju besar

SETIAP pasangan yang sudah berumah tangga pastinya ada sahaja ujian mendatang.

Begitu juga dengan Amirah Bazilah, 30, yang mana suaminya, Muhammad Firdaus, 32, mengh1dap peny4kit ankylosing spondylitis sejak 2019.

Dia yang senang disapa Amirah berkata, segalanya bermula sejak tahun pertama perkahwinannya pada 2017 apabila suami kerap meng4du mas4lah lenguh pada bahagian pinggang.

“Dulu masa baru kahwin, suami selalu meng4du lenguh dekat bahagian pinggang. Kami anggap saja bila jadi macam tu mungkin sebab kerja menghadap komputer dalam keadaan duduk berjam-jam.

“Merata tempat juga kami ikhtiar pergi mengurut. Bila tengok keadaan masih sama kami bawa jumpa ustaz untuk ‘berubat’ sebab ramai cakap suami kena buatan orang. Tapi saya tak percaya dia kena macam tu,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Menurut pasangan yang sudah berkahwin selama lebih enam tahun dan memiliki dua cahaya mata ini, mas4lah pinggang suaminya berlarutan sehingga 2019.

Jelas Amirah yang kini menetap di Melaka, keadaan fizikal suaminya kelihatan semakin parah apabila bentuk badannya melengkung menyebabkan dia terpaksa memb0ngkok.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dengan suami terpaksa PJJ (pasangan jarak jauh) sebab dia kena kerja dekat site di Johor. Jadi saya jarang jumpa dia.

“Ada satu minggu tu dia balik Melaka saya tegur dia kenapa badan nampak macam pelik. Dia beritahu mungkin terlalu penat.

“Makin lama makin kerap dia meng4du lenguh pinggang jadi saya mula tak sedap hati pula. Saya ambil keputusan untuk bawa dia pergi jumpa doktor dekat hospital,” ujarnya.

Setelah selesai melakukan pemeriksaan di Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka, hasil keputusan yang diterima nyata mengec3wakan pasangan ini.

Keadaan belakang Firdaus ketika berdiri.

Menurut doktor, suami Amirah mengh1dap peny4kit autoimun yang jarang sekali berlaku malah hanya berlaku kepada tiga hingga empat orang sahaja dalam 1,000 orang.

“Saya ingatkan suami kena slipped disc, lepas Xray rupa-rupanya doktor beritahu peny4kit lain. Berkemungkinan ni peny4kit keturunan tapi bila tanya keluarga, mereka cakap tak ada pun yang kena macam ni.

“Bila kami pergi refer pakar Rheumatologist dekat sebuah hospital kerajaan di Melaka, doktor ambil sampel d4rah dan mengesahkan suami memang ada peny4kit ankylosing spondylitis. Kami pun teruskan buat rawatan dekat sini.

“Pada awalnya saya agak sed1h sebab banyak benda terbatas. Tak boleh nak buat kerja-kerja berat nanti badan dia akan s4kit-s4kit. Dia dan ubat tahan s4kit tu dah macam kawan baik. Kalau tak ambil nanti badan tak tahan mesti s4kit,” katanya.

Dalam pada itu, wanita yang bekerja sebagai penolong jurutera ini berkata dia cuba mencari inisiatif untuk merawat suami dengan rawatan fisioterapi.

Kata Amirah, setiap kali keluar, dia akan pastikan suaminya yang bekerja sebagai jurutera memakai baju bersaiz besar supaya masalah badan b0ngkoknya tidak jelas kelihatan.

Pasangan ini telah berumah tangga lebih enam tahun.

“Sekarang dia tidur dalam bentuk badan 45 darjah sebab tak boleh meniarap atau baring menegak macam biasa. Tahun ni suami dah tak kerja di site tapi di pejabat saja sebagai pelukis pelan.

“Saya ada bawa suami pergi mengurut supaya otot-otot tak keras walaupun doktor dah sahkan dirinya akan kekal dengan keadaan macam tu cuma sekarang boleh ikhtiar untuk melambatkan keradangan dari merebak saja.

“Keradangan ni ‘ser4ng’ tulang belakang sampai ia bercantum jadi sebatang tulang (bamboo spine). Peny4kit ni boleh serang mana-mana bahagian dekat badan kita. Macam suami saya kena bahagian pinggang dari tulang pvnggung sampailah ke pinggang,” Amirah menjelaskan semula apa yang dimaklumkan oleh doktor kepadanya.

Pasangan ini memiliki dua orang anak.

Untuk rekod, perkongsian Amirah mengenai penyakit suaminya di TikTok telah meraih lebih 1 juta jumlah tontotan.

Rata-rata warga maya mahu mengetahui lanjut mengenai penyakit suaminya sehingga wanita ini memuat naik lebih daripada tiga video untuk menjelaskan keadaan suaminya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Mula-mula lenguh, badan bongk0k selepas 2 tahun kahwin! Isteri p4srah suami dah tak boleh jalan tegak, keluar pakai baju besar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*