Nak Ajar Isteri Berjimat, Suami Tetapkan Lampin Anak Hanya Boleh Tukar Lepas Berat 200g

Membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi daripada segi kewangan memandangkan harga barang yang semakin meningkat zaman kini.

Demi berjimat, sepasang suami isteri mengambil inisiatif untuk ‘menimbang’ lampin bayi mereka, dan lampin tersebut hanya boleh ditukar sekiranya mencecah berat yang ditetapkan.

‘Berjimat itu pangkal untuk kaya’

Menerusi satu perkongsian di laman Tiktok milik pengguna @rudidemaio, seorang bapa dilihat tidak berpuas dengan isterinya yang menukar lampin bayi mereka yang baginya masih ‘ringan’. Dia dilihat meletakkan lampin tersebut ke atas alat penimbang, dia ianya ditimbang seberat 100gram.

Di kapsyen perkongsian tersebut, pemilik video menulis bahawa si emak hanya boleh menggantikan lampin bayi sekiranya berat lampin melebihi 200 gram.

Sudah cakap kena tunggu sampai 200 gram baru ganti pampers baru, tapi setiap kali belum 100 gram sudah ganti… boros betul. Nak ganti isteri…

Pepatah mengatakan… jimat itu pangkal kaya

Video:

@rudidemaio

Udah di bilangin Harus tunggu ampe 200 gram baru ganti pamper baru, tapi tiap kali belum 100 gram udah ganti… boros bgt sih 😡😡😡😡. Pengen ganti istri aja…

♬ Pargoy Daun – putri_pass

Sejak dimuat naik, video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 2 juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, cara penjimatan bapa kepada bayi itu ternyata mendapat reaksi berbeza daripada netizen yang berpendapat bahawa cara itu kurang sesuai kerana penjagaan lampin bayi adalah penting dalam aspek kebersihan dan kesihatan kvlit bayi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Nak Ajar Isteri Berjimat, Suami Tetapkan Lampin Anak Hanya Boleh Tukar Lepas Berat 200g"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*