“Comot sangat,” – [VIDEO] Baiknya Jebat Jayden, lepas bagi makan siap lap mulut kucing

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja mencvri perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengvsik ini.

Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di instagram noorkartini66.

Berdasarkan video yang tular di laman tiktok itu, Jebat Jayden dilihat sedang berada di hadapan seekor kucing sambil memberi makanan kepada si bulus itu.

Apa yang mencvri perhatian, selepas memberi makanan, Jayden mengambil tisu dan mengelap mulut kucing tersebut kerana menurutnya mulut kucing tersebut sangat comot selepas makan.

“Jayden Susah hati tgk mulut kucing comot,” tulis noorkartini66 di ruangan kapsyen.

Video:

@noorkartini66

Jayden Susah hati tgk mulut kucing comot #fyp #fypシ

♬ original sound – Noor Kartini – Noor Kartini

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 113.8k tontonan, 7.6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok noorkartini66

Be the first to comment on "“Comot sangat,” – [VIDEO] Baiknya Jebat Jayden, lepas bagi makan siap lap mulut kucing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*