“Abang taknak Acik kawen,” – Gelagat kanak-kanak tak bagi ibu saudara kawin cvri perhatian ramai

Tidak dinafikan kadang-kadang telatah kanak-kanak boleh membuatkan kita ketawa bila melayan karenah mereka. Sesekali bila melayan telatah mereka, kita akan merasa lega dan terasa tekanan akan hilang bila berdepan dengan kanak-kanak yang comel dan petah bercakap.

Kadangkala, kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas pun masih belum petah berbicara tetapi jika kanak-kanak tersebut cerdik dan selalu bersembang dengan ibu bapa mereka, maka kanak-kanak itu akan cepat petah berbicara dengan baik tanpa kesalahan sebutan.

Terbaru menerusi laman Tiktok syahida_salleh, tular satu video yang memaparkan suasana satu majlis akad nikah. Namun, apa yang mencvri perhatian ialah gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang melu4hkan perasaanya, dimana dia menyatakan tidak mahu ‘Acik’ kahwin.

Berdasarkan kapsyen video, kanak-kanak lelaki tersebut merupakan anak pemilik video dan majlis tersebut merupakan majlis perkahwinan adik perempuannya.  Difahamkan, video tersebut telah berusia 8 tahun lalu namun dijumpai semula oleh pemilik ketika mengemaskini telefon miliknya.

“Kemas gallery photo dlm hp, tertengok video ni. Tetap buat ibu tersenyum tengok gelagat anak sulung melu4h rasa ngam2 time adik nak nikah. memori 8 thn lepas, anak pun dah dok hostel. Terubat rindu ibu,” tulis syahida_salleh di ruangan kapsyen.

Video:

@syahida_salleh

kemas gallery photo dlm hp, tertengok video ni. Tetap buat ibu tersenyum tengok gelagat anak sulung meluah rasa ngam2 time adik nak nikah. memori 8 thn lepas, anak pun dah dok hostel. Terubat rindu ibu 😘 #anaksulungibuayah #zubirclan #keluargamalaysia #memoridaunpisang☘️ @zubsalleh

♬ original sound – syahida_salleh – syahida_salleh

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.1 juta tontonan, 85.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok syahida_salleh

Be the first to comment on "“Abang taknak Acik kawen,” – Gelagat kanak-kanak tak bagi ibu saudara kawin cvri perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*