[VIDEO] Gelagat kucing minta makanan buat ramai terhibur

Tak dinafikan, ramai yang suka membela kucing di rumah kerana kecomelan mereka ini. Namun ada kalanya, kucing sering melakukan perkara-perkara di luar jangkaan dan memeningkan kepala pemilik mereka. 

Haiwan kesayangan seperti kucing ini sudah tentu menjadi pilihan ramai untuk dipelihara. Bukan sahaja sifatnya yang cukup manja dan sukakan perhatian, malah haiwan ini juga dapat membuatkan pemiliknya rasa gembira dengan kehadiran mereka.

Kucing juga akan memberi reaksi yang berbeza kepada pemilik, ketika mereka sedang lapar ataupun menginginkan sesutau, seperti kisah yang akan kami kongsikan ini.

Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi akaun cikrose9, kelihatan seekor kucing yang berada berhampiran pemiliknya, dan merenung tajam lelaki tersebut.

Apa yang mencvri perhatian, kucing tersebut seakan mengusap kepala pemiliknya, dan seperti meminta sesuatu. Berdasarkan video, kucing tersebut difahamkan meminta makanan dari pemiliknya yang sedang berbaring.

Video:

@cikrose9

Nak makan.. nak makan.. #catlover #exoticlonghair #catsoftiktok

♬ suara asli – andre – andre

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 425.3k tontonan, 27.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok cikrose9

Be the first to comment on "[VIDEO] Gelagat kucing minta makanan buat ramai terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*