[Vide0] Masa Shila Amzah Buat Persembahan, Reaksi Fara Fauzana Pula Tarik Perhatian

Salah satu muat naik terkini milik penyampai radio dan pengacara terkenal serba boleh yang dikenali ramai, Fara Fauzana menarik perhatian di media sosialnya.

Menitis Air Mata Lihat Persembahan Shila

Menerusi tinjauan yang dibuat, Fara berkongsi beberapa foto dan klip video pendek di Instagramnya di mana Fara dilihat bergambar bersama Shila Amzah dan juga Jihan Muse di set rakaman bagi program Soundstage Shila Amzah & Friends.

Namun apa yang menarik adalah dalam salah satu klip video yang dikongsikan di media sosial penyampai radio popular ini adalah, Fara dilihat menangis dan mengelap air mata tatkala melihat persembahan hebat Shila di atas pentas ketika rakaman berlangsung.

Malah dalam coretan yang ditulis Fara juga, penyampai radio ini turut mengakui walaupun sudah banyak kali melihat persembahan Shila namun air matanya tetap mengalir.

“Kami ni Kami ni dah tengok banyak kali si Sha tu perform atas pentas.. Tetap mata tu nak bergenang, apahal!!!!” Coretnya

Shila Nampak Gah

Umum sedia maklum hubungan persahabatan yang terjalin antara empat selebriti terkenal iaitu Fara Fauzana, Jihan Muse, Zara Zya dan Shila Amzah sangat rapat.

Meski telah lama berkenalan, Fara tetap berasa kagum terhadap Shila, terutama ketika penyanyi tersebut membuat persembahan di atas pentas.

“Walaupun si Sha tu adik paling kecil tapi bila kat atas pentas dia nampak gah sangat..” Tulisnya

Umum sedia maklum hubungan persahabatan yang terjalin antara empat selebriti terkenal iaitu Fara Fauzana, Jihan Muse, Zara Zya dan Shila Amzah memang sangat rapat seperti adik-beradik dan saling memberi sokongan. Ni barulah betul best friends forever!

Sekadar info, program Soundstage Shila Amzah & Friends akan bersiaran hari ini pada pukul 11 malam di TV3.

SLIDE utk VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber; muray.my / bartasangbad.site

Be the first to comment on "[Vide0] Masa Shila Amzah Buat Persembahan, Reaksi Fara Fauzana Pula Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*