Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berkaki ayam tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk lain.

Walau pertolongan tersebut sebesar zarah sekalipun, namun ia tetap dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah.

Demikian juga halnya dengan tindakan mulia seorang pemuda yang sanggup berkaki ayam, semata-mata tidak sampai hati melihat seorang lelaki warga emas berkaki ayam.

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan pemuda tersebut memberhentikan motosikalnya di tepi jalan lantas memberikan selipar yang dipakainya kepada warga emas berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dia yang hanya berstoking kemudian berlalu pergi selepas membantu warga emas tersebut.

Video berdurasi 29 saat itu dirakam oleh seorang individu lain tanpa disedari pemuda berkenaan.

Pemuda itu kelihatan turut membantu warga emas berkenaan membetulkan butang baju.

“Sesiapa jumpa brader (brother) Melayu ni, salute dia ok. Brader ni bantu beri selipar dia untuk uncle India,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Difahamkan, video tersebut dirakam berhampiran Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (Duke) di Batu Caves, Selangor.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemuda berkenaan yang disifatkan mempunyai hati yang mulia kerana menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

“Didikan ibu bapa mencerminkan sikap pemuda ini.

“Waktu dia pegang bahu uncle tu… pasti dia pesan ‘jaga diri baik-baik uncle’.

Rata-rata netizen tersentuh dengan tindakan mulia pemuda berkenaan.

“Saya hampir men4ngis tengok video ni. Adik, moga Tuhan berikan kamu rezeki yang melimpah ruah selepas ini,” demikian komen netizen.

Sementara itu seorang individu yang mend4kwa pemuda berkenaan adalah adik lelakinya turut meninggalkan komen pada perkongsian tersebut.

“Adik saya ni… Dia memanglah sangat baik. Terlalu baik… suka sangat menolong orang. Dia memang menghormati orang lain lagi-lagi ibu bapa dan orang tua,” tulis pelayar bernama @NoorSuhada.

Hanya dimuat naik dalam tempoh kurang daripada 10 jam, video berkenaan sudah meraih melebihi 1.3 juta jumlah tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berkaki ayam tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*