“Dapat Pegang Tangan Sepanjang Operation,” – Bersalin Anak Ke-3, Haziq Hussni Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri

Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Ayunda Putri telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada pagi Rabu.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Haziq menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.

Katanya lagi, dia juga gembira kerana sekali lagi diberikan kesempatan untuk menemani isterinya ketika proses melahirkan cahaya mata perempuannya itu.

“Assalamualaikum. 25/5/2022 9.52 pagi. Seorang lagi puteri telah dilahirkan.

“Kali kedua teman @ayundaputrii masuk OT. Dapat pegang tangan dia sepanjang operation. Ibu kuat,” tulisnya.

Pada masa sama, penyampai radio Hot FM ini juga turut merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berk0rban sepanjang tempoh bersalin ini.

“Pahala yang sangat besar buatmu melahirkan anak sayang. Thank you so much,” kongsinya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hussni)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Haziq dan isteri.

Terdahulu, Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri Ayunda pada tanggal 15 Julai 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telan pun terlebih dahulu dikurniakan dua orang cahaya mata Heidy Nufael dan Chayra Aulia.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Dapat Pegang Tangan Sepanjang Operation,” – Bersalin Anak Ke-3, Haziq Hussni Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*