Anak bertuah! Bapa p4srah RM20,000 melayang anak did4kwa l4nggar patung Teletubbies hingga pecah

Kanak-kanak aktif, ceria petanda anak bijak dan baik tumbesarannya.

Pun begitu, setiap kali berada di kawasan tertutup seperti kedai atau pusat membeli belah, mungkin ramai ibu bapa anak yang lasak akan menyebabkan merosakkan hiasan atau barang jualan.

Seperti yang terjadi kepada seorang bapa di Hongkong ini. Sebuah kedai permaianan mend4kwa anaknya yang berusia lima tahun terl4nggar sebuah patung replika Teletubbies  dan menyebabkan dia terp4ksa membayar ganti rugi sebanyak 30,000 yuan (RM19,750).

Lapor laman berita St Headline, patung yang dipamerkan di dalam kedai KK Plus di Mongkok sebenarnya bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919).

Bagaimanapun, menurut kedai berkenaan insiden tersebut sudahpun selesai dan gantirugi berkenaan telah dipersetujui kedua belah pihak.

Patung yang did4kwa dil4nggar kanak-kanak terbabit adalah prototaip animasi Teletubbies  setinggi 1.8 meter. Ia adalah cetakan pertama yang mana harga rasminya ialah 52,800 yuan (RM34,765). Difahamkan hiasan berkenaan telah dipamerkan di situ sejak 2021.

Insiden terbabit tular dan dikec4m ramai sehingga ada yang mengatakan ia sebuah per4ngkap yang boleh mengundang bah4ya kepada pelanggan khususnya kanak-kanak.

Menurut Coconut Hong Kong, dalam satu hantaran di Facebook pada hari Isnin, ibu kanak-kanak lelaki itu menjelaskan insiden yang terjadi.

Katanya, dia dan keluarga melawat kedai mainan Kk Plus di Langham Place pada hari Ahad.

Video:

@ez_game23

Teletubbies pecah mat..💆🏼 sape yg salah?? #teletubbiesbroke #autobuy #marketing

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Saya tidak memberi perhatian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Saya berpatah balik dan melihat anak patung itu pec4h kepala. Perkara pertama yang dikatakan oleh pekerja kedai ialah anak saya menend4ng anak patung itu,” tulisnya.

Pengguna Facebook itu berkata dia dan suaminya terus membayar ganti rugi. Harga asal ialah 52,800 yuan (RM34,765) tetapi mereka diberi harga diskaun dan hanya perlu membayar 50,000 yuan (RM32,919).

Dia menambah mereka suami isteri dan anak-anak terkejut.

Mengakui bahawa menjaga anak tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa, ibu berkenaan bagaimanapun tidak berpuas hati kerana kedai itu menvduh anaknya menendang arca itu.

“Saya hanya menyedari bahawa saya telah mem4rahi anak saya secara salah selepas menerima rakaman video klip (kejadian),” katanya.

Dia menambah tidak munasabah patung semahal itu dipamerkan tanpa halangan.

“Tetapi untuk menvduh (anak saya) men3ndang anak patung itu, ia adalah satu pen1puan,” katanya.

Dalam pada itu, suami wanita berkenaan menzahirkan kekes4lan dalam temu bual dengan sebuah stesen radio.

Katanya, dia terkilan kerana menyalahkan anak sebelum memahami insiden yang berlaku dan menonton rakaman kejadian.

Difahamkan anaknya masih terkejut sejak hari kejadian dan terp4ksa mengambil cuti.

Kedai permainan itu pada mulanya mengeluarkan kenyataan di Facebook mengatakan isu tersebut telah diselesaikan dengan persetujuan bersama. Namun, selepas dibanjiri komen neg4tif, hantaran berkenaan dipadamkan.

Seorang kakitangan memberitahu pemberita bahawa pihak ibu pejabat telah berkomunikasi dengan ibu bapa dan kanak-kanak terbabit.

Difahamkan syarikat berkenaan mengkaji semula dan menegaskan akan menyediakan persekitaran yang selamat untuk pelanggan membeli-belah termasuk mewujudkan halangan atau perlindungan untuk bahan pameran yang bersaiz besar melebihi satu meter tinggi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: sinarplus.sinarharian.com

Be the first to comment on "Anak bertuah! Bapa p4srah RM20,000 melayang anak did4kwa l4nggar patung Teletubbies hingga pecah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*