Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Akui Semakin Bahagia

Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal selepas dua tahun pemergian suami tersayang, Ashraf Sinclair.

BCL on the way bahagia

Dua tahun hidup sendiri tanpa suami tercinta di sisi, BCL mended4hkan bahawa dia masih berada dalam fasa ingin menenangkan diri dan mencari kebahagiaan untuk dirinya.

Meskipun perit untuk melepaskan segala kenangan manis bersama arw4h suaminya, namun dia terp4ksa meneruskan kehidupan bersama satu-satunya anak lelaki mereka iaitu Noah Sinclair.

Sekarang ni saya nak tenang dan happy je. Masih on the way (menuju kebahagiaan) sebab saya baru melalui sesuatu yang mengubah hidup saya.

Ia seperti dilahirkan semula. Seperti bayi baru lahir dan belajar untuk berjalan. Sekarang masih merangkak supaya boleh berdiri kembali.

Ikhlas pemergian Ashraf Sinclair

Bagaimanapun, dia menegaskan jika ada yang bertanya adakah dia bahagia dengan kehidupannya yang sekarang, penyanyi berusia 39 tahun itu akan mengatakan bahawa dirinya bahagia.

Saya bahagia tapi masih perlu banyak menguruskan rasa hati ini supaya lebih bersemangat dan kembali seperi biasa.

Walau bagaimanapun, dia tidak mahu terburu-buru untuk memulihkan perasaannya kerana percaya bahawa untuk mencapai sesebuah kebahagiaan itu, dia perlu melalui proses untuk memulihkan hatinya dan perlahan-lahan menerima kehidupannya yang sekarang.

Ya, saya boleh ketawa dan sudah kembali bahagia. Kita hanya manusia biasa yang perlu teruskan kehidupan kita walaupun ia memakan proses yang lama buat saya.

Saya dah ikhlaskan pemergian Ashraf. Dah tak rasa terlalu ‘berat’ seperti dua tahun ini. Kini, saya nak fokus terhadap kehidupan saya dan anak kami.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "Genap 2 Tahun Pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Akui Semakin Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*