“Its Okay, Tak Payah Pertikaikanlah,” – Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan pesanan kepada mana-mana pihak yang bertindak mempersoalkan tindakan sesetengah selebriti yang memilih untuk menutup wajah anak mereka apabila memuat naiknya di media sosial.

Siti berpandangan, tindakan sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu kerana penjaga (ibu bapa) mempunyai hak dan pilihan tersendiri.

“Bagi saya itu terpulang kepada ibu bapa. Masing-masing ada alasan tersendiri. Semua orang ada pilihan. Macam saya sendiri, ada pilihan untuk tunjukkan wajah anak atau sebaliknya.

“Itu masing-masing dan saya menghormati. Saya tidaklah rasa nak komen begitu begini. Masing-masing pasti tahu apa yang dibuat. Kerana apa dan niat itu sebab apa.

“Its okay, tak payah pertikaikanlah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Universal Music Malaysia, di Hotel Sheraton Petaling Jaya, baru-baru ini.

Siti bagaimanapun percaya, apabila sudah bersedia, pasti selebriti yang baru sahaja melahirkan anak khususnya akan memperkenalkan wajah si kecil untuk tatapan peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, isu artis ‘tutup’ wajah anak kian diperkatakan apabila usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menyatakan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin, namun tidak mended4hkan wajah penuh.

Sementara itu, Siti pada majlis sama turut menyampaikan lagu raya barunya, Lip Lap Raya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Its Okay, Tak Payah Pertikaikanlah,” – Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*